Wednesday 1 February 2012

Kes NFC - Kemana Zuraida nak seret kes?

Venue : Pejabat SPRM, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur

Laporan Polis telah dibuat oleh Shamsubahrin (penasihat koporat yang dilantik NFC) pada 27/1/2012 yang mendakwa bahawa tekanan telah diberi keatas beliau untuk merasuah Polis penyiasat oleh Pengerusi NFC.

Zuraida pagi ini telah menyusul dengan membuat pula laporan kepada SPRM supaya tindakan segera dilakukan keatas dakwaan yang dibuat oleh Shamsubahrin. Pihak Zuraida memberi tempoh dua minggu untuk tindakan dilakukan, jika tidak desakan seterusnya akan dibuat untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat ketidak telusan siasatan yang dibuat.

Setelah membuat laporan, Zuraida memberi tahu kami bahawa siasatan sedang dilakukan oleh SPRM Putrajaya dan SPRM Kuala Lumpur akan serahkan dokumen laporan kepada pejabat Putrajaya untuk tindakan lanjut

Selain 'ugutan' untuk menggunakan suara rakyat untuk menubuhkan SSDR, pihak Zuraida juga telah memberi gambaran bahawa bukti terpenting iaitu talipon bimbit yang mengandungi SMS arahan dari Pengerusi NFC kepada Shamsubahrin sekarang berada dalam simpanan SPRM Putrajaya. Nampak gayanya seolah olah "another conspiracy theory is already in the pipe line". Semalam ketika sidang akhbar pihak media telah diberitahu bahawa Zuraida dan pihak peguam beliau mempunyai salinan SMS tersebut.

BTW where is Rafizi? I have not seen him for some times.  



No comments:

Post a Comment