Thursday 23 February 2012

Bloggers special sangat ke hingga tak boleh dikawal?

Venue : Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Event : Himpunan Bloggers bersama Ulamak dan Cendiakawan Islam

Tarikh : 18/2/2012


Bloggers tidak boleh dikawal dan kerajaan perlu mengambil pendekatan berbeza dari tindakan undang undang. Kerajaan perlu memujuk bloggers untuk bekerjasama dalam penulisan yang mengarah kesuatu matlamat. Dunia cyber tiada undang undang tidak sama dengan undang undang alam nyata - Kuda Kepang.

Pandangan saya. Masalah nya bloggers juga hidup dan membiak dialam nyata, jadi bagaimana keseimbangan dan keharmonian dapat dicapai? Setiap bloggers harus bertanggungjawab diatas segala penulisan dan pendapat yang mereka siarkan dalam blog masing masing sepertimana juga penulis penulis dan penerbit yang menerbitkan artikel mereka dalam bahan cetak dan penyiaran. 

Bloggers akan terdedah kepada berbagai macam bentuk sogokkan dan rasuah sekiranya tiada undang undang dapat mengawal penulisan mereka. Untuk buat duit bloggers cuma perlu buat penulisan yang mengugut dan mengancam sesuatu pihak. Lepas itu tunggu pihak yang berkenaan 'kau tim' dengan imbuhan tertentu... ini amat amat tidak sihat... Saya jemput perkongsian pandangan 





2 comments:

  1. Gua sokong.... biar jadi Blogger tak bertuan dari jadi yang bertuan sampai sanggup dijadikan anjing gila..hua hua hua

    ReplyDelete