Saturday 17 March 2012

Lagi desakan minta KSN bersara


Lagi desakan minta KSN bersara

Tan Sri Mohd Sidek Hasan yang berdiri ditengah ketika majlis  Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan Parlimen ke-12 pada 12/3/2012


KUALA LUMPUR 16 Mac - Desakan agar Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah menyegerakan persaraan mereka kini semakin lantang.

Terbaru, Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pula membuat desakan itu ekoran kontroversi Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga ia terpaksa dibatalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Mohd. Sidek dan Abu Bakar perlu mengambil tanggungjawab ekoran kontroversi itu dan bukannya mendiamkan diri.

Katanya, mereka perlu mencontohi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengambil tanggungjawab atas kontroversi membabitkan suaminya apabila mengumumkan perletakan jawatan sebagai menteri mulai 8 April ini.


P.S Bukan saja pembangkang yang menjadi pendesak, orang UMNO dan dari kalangan penyokong kerajaan pun dah jadi pendesak ... Ini sudah menjadi pembakaran sampah secara terbuka... Apa lagi selepas ini?? Tak ada cara lain nak menyampaikan kepada Perdana Menteri ke??



No comments:

Post a Comment