Saturday 31 March 2012

Talian Nur 15999 dilancarkan

Venue : Taman Metropolitan. Kepong, Kuala Lumpur

Event : Program KAR1SMA KPWKM 2012

Date : 31/3/2012 @ 11.30 am

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2012 - Selaras dengan usaha berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakan (KPWKM) dalam memelihara keselamatan kanak-kanak dan remaja, KPWKM hari ini telah mengumumkan perkhidmatan panggilan percuma Talian NUR 15999 melalui telefon awam (payphone) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia melalui bulan Jun 2012. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Sharizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, semasa menghadiri program KARISMA Komuniti KPWKM di Kepong.

"Melalu perkhidmatan ini, kanak-kanak dan remaja berpeluang berkomunikasi dengan konsultan Talian Nur 15999 secara percuma bagi mendapatkan nasihat dan maklumat serta melaporkan aduan atau masalah yang mereka hadapi. Ia juga membolehkan capaian Talian Nur 15999 yang lebuh meluas dengan kapasiti taburan hampir 40,000 telefon awam di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia", kata YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Talian NUR 15999 telah dilancarkan pada 5 Disember 2007 oleh Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia merupakan pusat panggilan bersepadu yang bertanggungjawab terhadap semua pertanyaan, aduan dan permohonan khususnya berkaitan aspek kebjikan dan sosial di bawah KPWKM. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jan x 7 hari seminggu dan dikendalikan oleh call agent yang terlatih dari pelbagai bangsa dan boleh melayani sebarang panggilan dalam bahasa Cina dan Tamil sekiranya diperlukan.




No comments:

Post a Comment