Sunday 22 April 2012

Takluk Dataran - Dua ditahan Polis dan khemah dirampas

Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Takluk Dataran - Hari Ke-sembilan

Date : 22/4/2012 @ 12.45 pm


(Maaf rakaman video terpadam) Saya sempat menemubual Sdr Lee dari Occupy Dataran yang sudah bermalam di Dataran Merdeka ini sejak hari pertama lagi. Menurut beliau pihak DBKL telah memulangkan semula segala peralatan yang mereka simpan dalam trak lewat malam tadi. Peralatan tersebut disimpan bagi membolehkan perjalan lancar Konsert DiRaja yang dihadiri oleh YDP Agung dan Perdana Menteri.

Lebih daripada sepuluh khemah telah dipasang semula dan jumlah peserta yang bermalam di lokasi melebihi 30 orang. Lebih kurang jam 7.00 pagi tadi sekumpulan peguatkuasa DBKL telah 'menceroboh'masuk kekawasan perkhemahan mereka dan mula mengangkut peralatan dan kelengkapan yang kedalam trak DBKL. Mereka turut membawa beberapa orang anggota Polis yang mengawas operasi tersebut.

Dua pemuda yang cuba menghalang, aktivis Occupy Datran Fahmi Reza dan siswa Umar Mohd Azmi  telah di berkas dan dibawa Penguatkuasa DBKL. Kemudian nya baru diketahui bahawa kedua dua mereka telah di tahan Polis di IPD Dang Wangi. 


Umar kini dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Umar dan ditahan di balai berkenaan.

Sementara itu, aktivis Occupy Dataran Fahmi Reza pula dibebaskan dengan jaminan tanpa sebarang pertuduhan, kata Syahredzan lagi di Twitter.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.


1.
 2.
 3.
 4.


No comments:

Post a Comment