Friday 25 May 2012

India PKR tuntut siasatan segera Polis

Venue : Perkarangan Ibupejabat Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Event : Penyerahan Memorandum Bantahan kepada Ketua Polis Negara

Date : 24/5/2012 @ 11.00 am


Sekumpulan India PKR telah dibelasah teruk oleh kumpulan pemuda MIC yang diketuai oleh T.Mohan ketika mereka bertembung di luar pejabat Perdana Menteri, Putrajaya kira kira sebulan yang lalu. Ketika kejadian kumpulan India PKR cuba menghantar memorandum kepada PM mengenai seorang pelajar bernama Reshina yang tidak mempunyai kad pengenalan walaupun sudah berumur 15 tahun. Kumpulan pemuda MIC yang jumlahnya dua kali ganda ramainya pula dalam perjalanan menghantar memorandum menyatakan sokongan mereka kepada PM. 

Tidak diketahui sama ada kumpulan India PKR yang dekepalai oleh Ahli Parlimen Telok Intan, M.Manogaran ini ada membuat sebarang temujanji dengan pihak Bukit Aman untuk menghantar memorandum bantahan ini. Mereka mendesak untuk menghantar nya terus kepada KPN. Tapi setelah berbincang dengan pihak Perhubungan Awam Bukit Aman, mereka membuat keputusan untuk menangguhkan penyerahan tersebut sehingga KPN bersedia menerimanya sendiri..


1.
 2.
 3. Ahli Parlimen Telok Intan, M.Manogaran (DAP) akan bertindak sebagai peguam kepada kumpulan ini bersama sama dengan peguam PKR, R Surenderan.
 4.
 5.
 6.


No comments:

Post a Comment