Tuesday 10 July 2012

PKR desak PDRM kaji semula keutamaan perbelanjaan

Venue : Pusat media, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media mingguan

Date : 10/7/2012 @ 11.00 am


Kak Wan membaca kenyataan media



KENYATAAN MEDIA
10 JULAI 2012



71 % daripada peruntukan program Transformasi Kerajaan  dibelanjakan untuk perhubungan awam pada tahun 2012


Semalam, seorang lelaki yang bersenjatakan parang telah ditembak di perkarangan Jabatan Perdana Menteri, manakala seorang sukarelawan St John Ambulance (Tang Mui Choo) mati akibat terjatuh daripada motosikal kerana kejadian ragut berhampiran Damansara Jaya dan mayatnya telah ditemui di saluran air.

Ini hanyalah beberapa contoh kejadian yang berlaku.

Apa yang saya benar-benar melihat adalah kenyataan Menteri Dato' Seri Hishammuddin Hussein itu tidak punyai perasaan ihsan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Program transformasi kerajaan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yang berlandaskan kepada belanjawan 2012 telah menunjukkan tumpuan yang berlebihan kepada bagaimana menguruskan persepsi awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Saya beranggapan bahawa konsep "Keputusan Besar Pantas" itu hanyalah semata-mata untuk memberi persepsi kepada rakyat bahawa aktiviti jenayah sudah menurun daripada membaikpulih struktur keselamatan dalam negara Malaysia ini.

Belanjawan 2012 telah memperuntukkan sebanyak RM240 juta untuk pengurusan NKRA yang merangkumi 5 aktiviti dasar;

1. Pengurangan indeks aktiviti jenayah ; Sebanyak RM8.8 juta atau 3.67% telah diperuntukkan untuk mencegah dan latihan maklumbalas mengenai  aktiviti kecurian kenderaan dan pecah rumah.

2. Pengurangan jenayah di jalanan

"Program bandar selamat" bertujuan untuk mengurangkan kegiatan ragut dan jenayah jalanan. Sebanyak RM28 juta iaitu 11.27% diperuntukkan dan juga  pembelian aset seperti CCTV sebanyak RM15juta.

3. Meningkatkan kes-kes pesalah ganas yang dibawa ke muka pengadilan - . . RM6.6 juta atau 2.75% telah diperuntukkan, RM3.5 juta untuk membayar gaji pegawai-pegawai Penyiasat

4. Meningkatkan tahap kepuasan orang awam dengan pihak polis

 Tumpuannya adalah untuk melancarkan peranti Penilaian Perkhidmatan Pelanggan di balai polis, untuk melibatkan lebih banyak acara komuniti seperti Hari Bertemu awam dan Liga Jadual Balai. Kerajaan memperuntukkan RM27 juta atau sebanyak 11.25%, 1.3 juta bagi geran kemasyarakatan.

5. Mengurangkan Perasaan Takut terhadap aktiviti Jenayah. Satu-satunya aktiviti yang dinyatakan dalam Laporan Pemandu 2011 Tahunan adalah Pentauliahan Kaji Selidik, yang mana salah satu kajian ini adalah perasaan Takut Menjadi Mangsa Penyiasatan Jenayah. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM170 juta. Iaitu 70.83% bagi bekalan dan perkhidmatan ini.

Oleh yang demikian, kunci utama program transformasi ini untuk menangani isu jenayah adalah lebih kepada pengurusan awam dan 71% daripada jumlah belanjawan yang diperuntukan adalah untuk NKRA.

Kerajaan tidak ikhlas apabila mereka hanya menumpukan kepada persepsi rakyat awam.


KEADILAN yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia mahu melihat proses penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan jenayah dan ini hanya boleh diperolehi daripada tatakelola dan pengurusan ekonomi yang kukuh bagi  mengurangkan jurang pendapatan rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang penuh tanggungjawab akan sentiasa bekerja untuk membaharui struktur pasukan polis dan bukannya semata-mata  memikirkan persepsi umum.

Saya masih belum lagi mendengar sebarang maklumbalas mengenai isu yang telah dibangkitkan minggu lepas.

Mengapakah pihak unit khas (SB) PDRM melebihkan aktiviti mengintai rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah?

Saya menambah satu lagi persoalan;

Mengapakan program transformasi kerajaan dalam mencegah jenayah ini hanya melebihkan kepada pengurusan perhubungan awam?

Rakyat dan Keadilan khusunya akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab.



DATO’ SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT





1.
 2.
 3.
 4.
 5.


4 comments:

  1. Soalan dulu-dulu masih tak terjawab lagi dah nak pusing pasal perbelanjaan pulak. Udah lah kak wan. Bersara je lah. Kan sonang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..elleh...nak cakap pasal perbelanjaan....ko ada pernah sebut soal perbelanjaan laki ko yg sering keluar negara kemudian mengutuk Kerajaan dari luar negara...dah tu memburuk2an pentadbiran negara lagi...janganlah nak cover line konon awak tu perihatin sangat dengan pentadbiran negara...jagalah rumah tangga sendiri tu!!!!

      Delete
  2. Eleh si sepat kering nih takut benor dia dengan Polis. Banyak lagi rahsia si Nuar yang takut Polis tahu ke?

    ReplyDelete
  3. ermmm apsal tetiba aku ada rasa yg azizah nk babitkan isu perkauman dengan polis? Apsal tak ckp kaum2 lain juga?
    btw... apa polis nk kene jaga setiap inci jalan? bengap ke ape? baik ko suruh penyokong kau berhemah, beradap dulu... baru cerita polis nak jaga sapa. kurangkan penyokong PR yg takde otak, byk la keje lain boleh polis buat?

    Bodoh... brape ribu polis dok sibuk pasal bersih, kuning, oren, lynas etc. sedangkan polis boleh buat keje lain. bangang...

    ReplyDelete