Google+ Followers

Friday, 31 August 2012

Menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan membosankan

Venue : Sekitar Datran Merdeka, Kuala Lumput

Event : Menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55

Date : 30/12/2012 @ 11.50 pm


Heboh diperkatakan bahawa kumpulan Baju Kuning yang dikepalai oleh Pak Samad akan keluar beramai ramai membanjiri jalanraya sekitar Dataran Merdeka menjelang titik 12 malam tadi. Tapak sambutan Hari Kemerdekaan ini akan digunakan bagi acara perarakan pada 31 Ogos dan persiapan rapi telah pun dilakukan. Oleh itu kawasan Dataran memang ditutup dan tiada acara menjelang sambutan Hari Kemerdekaan seperti konsert dan permainan bunga api diadakan disini pada tahun ini. Setahu saya acara tersebut hanya dilakukan di KLCC.

Rakaman saya bermula dari jam 11.50 pm sehingga lah jam 1.00 pagi 31/12/2012. Saya difahamkan oleh petugas media lain bahawa Pak Samad, Mat Sabu dan Khalid Samad ada kelihatan di celah celah 3,000-4,000 orang peserta Baju Kuning yang hadir. Tiada ucapan seperti yang berlaku semasa Bersih 3 disampaikan oleh Pak Samad atau pemimpin pemimpin politik yang lain. 

Tiada kejadian yang diluar kawalan pihak keselamatan berlaku semasa saya berada disana. Cuma bunyi bising alat tiupan serta sedikit letupan mercun sahaja yang kedengaran... Bagi saya yang sudah biasa dengan persekitaran ralli dan demonstrasi, acara ini agak membosankan. 


1/19
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.





 11.
 12.
 13.
 14.
 15.
 16.
 17.
 18.
 19.