Google+ Followers

Monday, 26 November 2012

Hindraf desak Najib tarik balik pengharaman

Venue : Dewan Perhimpunan Persatuan  Cina Kuala Lumpur

Event : Himpunan Sambutan Ulangtahun ke 5 Hindraf dan Pelancaran Pelan Induk Hindraf

Date : 25/11/2012 @ 10.00 am


Pengerusi Hindraf, P.Waythamoorthy telah pun pergi mengadap Anwar Ibrahim untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi masyarakat India yang bernaung dibawah Hindraf (masalah kaum India yang lain telah pun ditangani oleh pihak pihak lain termasuk MIC). 

Dilaporkan pihak PKR sangat berminat untuk bekerjasama dengan Hindraf. Waythamoorthy dilaporkan tidak mempunyai hubungan akrab dengan pihak parti pembangkang berbanding dengan adik beliau P.Uthayakumar.

Najib Razak juga telah mengambil langkah membuka ruang perbincangan dengan pihak Hindraf. Namun Hindraf masih mengambil sikap berwaspada kerana merasakan masyarakat miskin India telah 'terkena' beberapa kali sebelum ini.

Hindraf meletakkan syarat utama sebelum apa apa perbincangan dengan pihak kerajaan. Pengharaman ke atas Hindraf hendak lah ditarik balik dan Hindraf dibenarkan beroperasi sebagai NGO hak asasi manusia. Mereka juga mensyaratkan supaya penubuhan satu Kementerian bagi menjaga hak dan hal ehwal kumpulan kumpulan minoriti di Malaysia.  Tidak pula dinyatakan secara jelas samada Hindraf mahukan kerusi Menteri tersebut.




No comments:

Post a Comment