Google+ Followers

Sunday, 9 December 2012

Tuduhan Deepak dan Musa Hassan perlukan jawapan

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media khas Anwar Ibrahim

Date : 3/12/2012 @ 10.00 am


Saya mungkin tak bersetuju dengan semua yang dikatakan Anwar, tapi mengenai sikap Najib yang menikus dan menyepi tanpa memberi jawapan menimbulkan pelbagai persoalan. Mengapa tidak diberikan jawapan bertulis dari pejabat beliau yang ditandatangani oleh mereka yang dipertanggungjawab kan, dikeluarkan setiap kali ada isu yang serius dibangkitkan oleh pembangkang. Potong saja isu tersebut sebelum ianya merebak rebak sehingga jadi begitu kronik untuk dijawab.

Mengapa dibiarkan kerja tersebut dijalankan oleh blogger-blogger kaki spin yang cerita mereka sentiasa diragui kebenaran? Berapa kerat saja blogger pro BN yang punyai kredential benar dalam penulisan mereka?

Bukan kah lebih baik jika jawapan dikeluarkan oleh pejabat PM sendiri dan tugasan spinning seterusnya dilakukan bloggers. Ini sudah songsang, bloggers spin ikut sesedap rasa masing masing dan tuanpunya badan terus menerus membisu atau kekadang tunjuk berani hentam pembangkang diatas pentas yang paling selamat dalam dunia.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang bergerak atas landasan aktivis masyarakat ingin melihat perubahan sikap. Jangan biarkan masyarakat (pengundi) tertanya tanya setiap kali tohmahan dan tuduhan dilempar oleh pembangkang. Mr PM please do not procastinate. 

Pembangkang  hanya melakukan apa yang semulajadi bagi mereka... bangkang, tohmah, fitnah dan bangkang.....on and on