Google+ Followers

Saturday, 31 March 2012

Talian Nur 15999 dilancarkan

Venue : Taman Metropolitan. Kepong, Kuala Lumpur

Event : Program KAR1SMA KPWKM 2012

Date : 31/3/2012 @ 11.30 am

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2012 - Selaras dengan usaha berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakan (KPWKM) dalam memelihara keselamatan kanak-kanak dan remaja, KPWKM hari ini telah mengumumkan perkhidmatan panggilan percuma Talian NUR 15999 melalui telefon awam (payphone) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia melalui bulan Jun 2012. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Sharizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, semasa menghadiri program KARISMA Komuniti KPWKM di Kepong.

"Melalu perkhidmatan ini, kanak-kanak dan remaja berpeluang berkomunikasi dengan konsultan Talian Nur 15999 secara percuma bagi mendapatkan nasihat dan maklumat serta melaporkan aduan atau masalah yang mereka hadapi. Ia juga membolehkan capaian Talian Nur 15999 yang lebuh meluas dengan kapasiti taburan hampir 40,000 telefon awam di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia", kata YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Talian NUR 15999 telah dilancarkan pada 5 Disember 2007 oleh Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia merupakan pusat panggilan bersepadu yang bertanggungjawab terhadap semua pertanyaan, aduan dan permohonan khususnya berkaitan aspek kebjikan dan sosial di bawah KPWKM. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jan x 7 hari seminggu dan dikendalikan oleh call agent yang terlatih dari pelbagai bangsa dan boleh melayani sebarang panggilan dalam bahasa Cina dan Tamil sekiranya diperlukan.




Hari Keluarga Kementerian terakhir buat Kak Ijat ??

Venue : Taman Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur

Event : Program KAR1SMA KPWKM 2012

Date : 31/3/2012 @ 11 am


Meriah walaupun cuaca mendung dan hujan renyai renyai. Mungkin ini program hari keluarga KPWKM berskala sebegini yang terakhir buat Kak Ijat sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri KPWKM pada 9/4/2012 nanti. Mungkin adalah majlis makan malam seperti Jasa Mu Di Kenang dan sebagainya yang akan menyusul.

Rafizi dan Zuraidah pula seharusnya bersorak kegembiraan dan buat kenduri kesyukuran. Kasi tumbang seekor dua kambing dan buat pulut kuning. Kalau dijemput harus saya bersama untuk merakam gambar kenangan tapi untuk makan pulut kuning atas penderitaan keluarga Shahrizat mungkin saya tak akan lakukan... fikirkan lah...

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.



Go Ahead - Sue me


KEADILAN TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA UGUTAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG


Saya dimaklumkan bahawa NFC telah membuat satu laporan polis mensabitkan saya, YB Nurul Izzah Anwar dan YB Zuraida Kamaruddin dengan kesalahan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang memperuntukkan hukuman penjara 3 tahun dan denda RM3 juta.

Kesalahan itu kononnya dilakukan apabila kami mendedahkan pembelian 8 unit rumah kedai mewah dan keterlibatan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarga beliau di dalam pembangunan KL Eco City dalam satu sidang akhbar bulan lalu.

Sementara saya menghormati hak NFC dan pengurusan kanan mereka menggunakan ruang undang-undang untuk mendakwa kami, saya juga mengingatkan NFC supaya tidak cuba untuk menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang kini semakin aktif mendedahkan penyelewengan di kalangan pimpinan dan golongan elit.

Maqassid undang-undang di dalam sesebuah masyarakat adalah untuk menjamin keadilan dan mencegah kezaliman, bukannya untuk melindungi penyelewengan dan memberi ruang kepada si pesalah melepaskan diri.

Saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak penyiasat yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kes ini. Sekiranya ada pendakwaan, saya juga yakin untuk berhadapan dengan NFC di dalam mahkamah kerana semangat rakyat yang mahukan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC dibongkar wajib dihormati.

Saya juga boleh mengesahkan bahawa laporan polis oleh NFC ini tidak sedikit pun mengganggu perancangan KEADILAN untuk meneruskan siri pembongkaran baru minggu depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


31 MAC 2012 


P.S - Saya telah diberitahu melalui sms bahawa laporan tersebut telah dibuat oleh Wan Shahinur Izmir pada jam 11.15 semalam. Tapi sehingga pagi ini salinan laporan masih belum di perolehi dari beliau atau pun dari pihak NFC.   



Friday, 30 March 2012

Kenyataan Akhbar Hasan Ali - 30/3/2012




KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA MERANGKAP PRESIDEN JATI


Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?”

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan. Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum. Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.

Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh. Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius. Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.

Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan. Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan. Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda  mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)

"Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka"

Taman Tun Dr Ismail
30 Mac 2012




P.S - Sidang media jam pada hari Isnin 2/4/2012 jam 12.00 pm. Hasan Ali dijadual akan menayangkan klip video pengakuan seorang wanita yang telah dimurtadkan.  



Kerajaan Selangor menekan Persatuan Belia

Venue : Kompleks Belia Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 29/3/2012 @ 3.30 pm


Kerajaan Negeri Selngor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim dikatakan bertindak kejam kerana membiarkan pihak anak syarikat MBI menaikkan kadar sewa keatas pejabat yang mereka telah duduki sejak 2001. Kadar baru yang berlipat ganda tersebut tidak termampu Majlis Belia Selangor yang tiada pendapatan tetap. Ikuti rakaman kenyataan media yang dibacakan oleh Sdr Badrul Hisham, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor.



1. Surat dari Kompleks Belia Negeri Selangor kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 27/11/2011


2. Surat dari MSNS Holdings Sdn Bhd kepada Majlis Belia Negeri Selangor bertarikh 3/1/2012

 3
4.
 5.


Ceramah Demi Rakyat in Bangi

Venue : Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor

Event : Ceramah Demi Rakyat

Date : 29/3/2012 @ 10.00 pm


Ceramah malam ini terfokus kepada 2 perkara utama.... penyenaraian Felda Global Venture Holdings dan juga serangan keatas Anwar Ibrahim atas isu sokongan beliau kepada negara Israel.


1. Tony Pua menunjukkan kepakaran dalam perniagaan daging halal dan isu NFC... bukan PKR saja ada pakar, DAP pun boleh ambil aleh kes ini dari Rafizi dan Zuraidah... hehehe
 2.
 3. Kehadiran dianggarkan sekitar 1,500 - 2,000 orang
 4.
 5.
 6.
 7. Wakil ANAK... sedang membelasah pengurusan FELDA... dia yakin kakitangan FELDA akan bangun memberontak menentang Isa Samad... perrgh konfiden nya..
 8. Menandatangani  kain rentang protes penyenaraian Felda Global Venture Holdings yang akan dihantar kepejabat Najib esok selepas solat Jumaat.
 9.
 10.

Thursday, 29 March 2012

Kak Pidah masih berapi

Venue : Restaurant NZ, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Event : Teh Tarik Facebookers bersama Tan Sri Rafidah Aziz

Date : 27/3/2012 @ 9.30 pm


Pelbagai soalan yang dilontar Facebookers dijawab oleh Kak Pidah...Antara nya mengenai masa depan politik beliau, mengenai Kak Ijat dan juga mengenai Felda Global Venture Berhad..


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.



Lembu Shahrizat saja yang belum kena lagi

Venue : Padang Taman KOSAS, Ampang, Selangor

Event : Ceramah Demi Rakyat

Date : 27/3/2012 @ 11.00 pm


I quote below what a friend of mine from Philippine said recently.

"Mark of a leader with very high self esteem... despite being bombarded incessantly by his opponents, Anwar is still able to talk and joke about the whole attack. It may be a disgusting act committed by Anwar  but he is able to turn the table before his own crowd of supporters and fence sitters. To them it is just another lie and slander by his opponents... Its all about managing perception... this is where Anwar excels..."

My comment : Keyakinan diri dan lakunan atas pentas memang triple A class....


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Pemuda UMNO Ampang cari pasal dengan Anwar

Venue : Pejabat UMNO Bahagian Ampang, Selangor

Event : Protes kehadiran Anwar di kawasan Ampang untuk ceramah Demi Rakyat di Taman Kosas

Date : 27/3/2012 @ 10.30 pm


Sekumpulan Pemuda UMNO Bahagian Ampang telah mengadakan protes ditapak ceramah Demi Rakyat di Taman Kosas, Ampang, Selangor. Dari tapak lokasi mereka berarak sejauh lebih kurang 2 km balik ke pejabat Bahagian Ampang.

Anwar yang terdahulu menghadiri jamuan makan malam bersama kepimpinan parti di Kelab Darul Ehsan tidak menggunakan jalan utama menuju ke lokasi tetapi menggunakan jalan belakang dari Taman Ahamd Razali sekaligus mengelak dari melintasi pejabat UMNO.




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.