Saturday 30 June 2012

Rafizi buat laporan Polis keatas Najib Razak

Venue : Bilek Media, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 29/6/2012 @ 12.00 pm


Rafizi hari ini membuat satu laporan Polis keatas Najib Razak kerana dituduh campur tangan secara terus didalam urusan pemberian kontrak pembinaan LRT Ampang yang bernilai RM1.1 billion. Ikuti kenyataan media beliau...




Friday 29 June 2012

Kak Wan enggan layan soalan mengenai Faekah

Venue : Media center, PKR HQ, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 29/6/2012 @ 11.30 am


Pagi ini Kak Wan mengadakan sidang media beliau sendiri untuk mendesak KDN dan PDRM memberi maklumbalas terhadap rungutan rakyat berkaitan jenayah. Meskipun angka rasmi kerajaan menunjukkan indeks jenayah menurun sebanyak 11.1% pada tahun 2011 dan kadar jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7%, terdapat permintaan yang mendadak kepada sistem kejiranan berpagar. Ini menunjukkan rakyat secara umumnya tidak berasa selamat dengan persekitaran tempat mereka tinggal.

Kejadian ragut di Mid Valley yang melibatkan guru berusia 51 tahun dan penculikan kanak kanak warga Belanda, Nayati Moondiar di sebut sebagai contoh.

Di sesi soal jawab, Kak Wan dengan diplomasi beliau tersendiri mengelak dari menjawab persoalan mengenai kemelut PKR Selangor yang melibatkan Faekah dan Khalid Ibrahim.



LGE guna Memali sebagai bukti Melayu bunuh Melayu


Venue : Quality Hotel, Shah Alam, Selangor


Date : 27/6/2012 @ 9.00 pm

Lim Guan Eng mengungkit peristiwa berdarah Memali sebagai bukti kerajaan BN yang diterajui Melayu lah yang membunuh orang Melayu. DAP dan PAS pula tidak pernah mencedera atau membunuh orang Melayu. Sekilas kenyataan tersebut diucap LGE terfikir saya secara logik tindakkan tersebut tidak mungkin dapat dilakukan mereka (DAP & PAS) selagi mereka tidak menjadi kerajaan dan menguasai PDRM dan ATM. Jika mereka menguasai kerajaan sudah tentulah tindakkan yang sama akan dilakukan mereka demi menjaga keamanan negara. Bagi saya ini adalah cubaan LGE melagakan kaum Melayu dengan kenyataan yang dangkal...


Thursday 28 June 2012

Pakatan Rakyat effektif sebagai pembangkang


Venue : Quality Hotel, Shah Alam, Selangor


Date : 27/6/2012 @ 9.00 pm


Lim Guan Eng mendakwa kerajaan BN terpaksa memberi BR1M dan pelbagai lagi bantuan kepada rakyat Malaysia kerana tekanan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat. Tapi mengapa negeri negeri yang dibawah Pakatan Rakyat tidak memberi bantuan rakyat yang serupa atau menyamai apa yang kerajaan BN berikan? Kalau begitu adalah lebih menguntungkan rakyat Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat dikekalkan terus menjalankan peranan mereka sebagai pembangkang yang effektif ...


DAP tolak Hudud kerana tiada dalam perlembagaan

Venue : Quality Hotel, Shah Alam, Selangor


Date : 27/6/2012 @ 9.00 pm


Lim Guan Eng menjelaskan bahawa DAP memilih untuk akur dan patuh kepada Perlembagaan Negara secara 'wholesome' atau keseluruhan nya. Perlembagaan Persekutuan tidak ada menyebut atau memperuntukan Hudud dalam sistem perundangan negara...

FB entry




Benarkah Dasar DAP Mengancam Islam ?

Venue : Quality Hotel, Shah Alam, Selangor

Event : Wacana II Anjuran Roket.Com - 'Benarkah Dasar DAP Mengancam Islam ?'

Date : 27/6/2012 @ 9.00 pm


Dalam hujah beliau LGE mendedahkan bahawa beliau mendapat pendedahan kepada Islam dengan lebih mendalam ketika bersama Mat Sabu dan Khalid Samad dalam tahanan ISA suatu ketika dahulu. Beliau lebih cenderung melihat Islam lebih sempurna yang diamalkan ahli PAS berbanding dengan orang UMNO.



Isu terpilih yang di naik muat ke YouTube :-



 1.
 2. Moderator - Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS
 3.
 4.
 5.
 6.
 7. Tokoh akademik Dr. Maszlee Malek, Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
 8.
9.
 10.
 11.
 12.


Wednesday 27 June 2012

Kalau hati dah gelap solat hajat pun tak bernafaat

Venue : Tempat letak kereta Blok B1, Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara, Ampang

Event : Pentas Rakyat

Date : 26/6/2012 @ 10.00 pm


Buat lah segala jenis solat hajat, kalau hati dah gelap jawapan terang dan nyata Allah berikan pun tak dapat mendatangkan menafaat kepada mereka yang memohon.




Duit tabung masjid menjadi rebutan di Selangor

Venue : Tempat letak kereta Blok B1, Desa Lembah Permai, Lembah Jaya Utara, Ampang

Event : Pentas Rakyat

Date : 26/6/2012 @ 10.00 pm


Zul Noordin mendedahkan perihal berlakunya perebutan kuasa dalam pentadbiran masjid dan surau diseluruh negeri Selangor terutamanya menjelang bulan Ramadhan ini. Menurut Zul masjid dan surau di Selangor mempunyai wang tabungan yang banyak, ini menjadi rebutan dan insentif perebutan  kuasa..



Tuesday 26 June 2012

Laporan Polis keatas Presiden Majlis Peguam

Venue : Ibupejabat Polis Daerah, Dang Wangi, Kuala Lumpur

Event : Laporan Polis dan sidang media

Date : 26/6/2012 @ 11.30 am


Sdr Khairul Azam mengotakan janji untuk meneruskan niat beliau untuk membawa perubahan kepada Majlis Peguam. Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee buat endah tak endah dengan notis yang diberi Khairul dua minggu yang lalu. Hari ini Khairul melangkah setapak lagi dengan membuat laporan Polis keatas Lim Chee Wee yang dianggap melakukan hasutan dengan mengatakan bahawa pindaan Enakmen Mufti & Fatwa (Kedah) tidak 'constitutional'. Ikuti rakaman  kenyataan media oleh Khairul Azam....



1. Solo operator
 2.
 3.



Pelancaran Buku Islam & Melayu

Venue : De Palma Hotel, Ampang, Selangor

Event : Pelancaran & Wacana buku Islam & Melayu
: Martabat Umat & Daulat Rakyat 
oleh Dato Dr Siddiq Fadhil. 

Date : 25/6/2012 @ 9.30 pm




1/28
2. Dr Siddiq Fadhil, penulis buku. Sumber maklumat dari SINI


 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.


Bicara Bersama Tun Dr Mahathir - Still pics

Venue : Auditorium Pusat Perubatan UKM, Cheras, Kuala Lumpur

Event : Bicara Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

Date : 25/6/2012 @ 9.30 am


Koir PPUM menyampaikan lagu Malaysia Tanah Air Ku



1/78
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
7. 
 8.
 9.
 10.

Khalid Ibrahim menyertai PKR kerana hutang PNB

Venue : Auditorium Pusat Perubatan UKM, Cheras, Kuala Lumpur

Event : Bicara bersama Tun Dr Mahathir Mohamad

Date : 25/6/2012 @ 930 am


Dr Mahathir mendedahkan sebab Khalid Ibrahim memilih untuk menyertai PKR sedangkan beliau satu ketika dahulu merupakan penyokong kuat UMNO / BN.. Rupa rupa nya kekecewaan tidak mendapat pertolongan dari kerajaan dalam menghadapi tuntutan bayaran balik pinjaman dari PNB menjadi sebab utama beliau membawa hati walaupun beliau sendiri tidak memahami sepenuhnya dasar perjuangan parti yang dipilih nya....



Friday 22 June 2012

Brig Jen (B) Abdul Hadi perasuah besar ?

Venue : Jalan Pahang, berhampiran sekolah Cina / Masjid Setapak, Kuala Lumpur

Event : Banner bantahan

Date : 22/6/2012 @ 5.00 pm


1. Rasanya baru sangat lagi Anwar Ibrahim memperkenalkan Brig Jen (B) Abdul Hadi Abdul Khattab kepada ahli parti semasa perasmian Bilek Gerakan Pilihanraya Parlimen Ampang pada 14/11/2011 yang lalu. 

Selepas itu diikuti pula dengan pengumuman oleh Presiden Keadilan mengenai penyertaan Abdul Hadi kedalam parti dan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Perundingan Keselamatan PKR 


 2. Hari ini dalam perjalanan pulang saya terserempak dengan banner yang digantung diatas jejantas pejalan kaki Jalan Pahang sebelum Masjid Setapak seperti tertera dibawah. Abdul Hadi merupakan pegawai tentera berpangkat tinggi yang telah dipecat oleh TUDM dalam kes kehilangan dua enjin jet pesawat juang dari stor TUDM Sg Besi. Abdul Hadi telah menyaman Kerajaan Malaysia dan Ketua Turus Angkatan Tentera kerana didakwa memecat beliau secara tidak sah. 

3. 

4. Abdul Hadi sudah mula muncul dimerata rata ceramah Pakatan Pembangkang dan telah diwar war kan akan menjadi calun dalam PRU 13 akan datang. Nampak gayanya ada pihak dikalangan anggota TUDM atau mereka yang mengenali Abdul Hadi tidak berapa setuju dengan masa depan politik beliau. Mereka sudah mula menzahirkan perasaan mereka... banner di Setapak sebagai permulaan...


Merdeka Rakyat jelajah Setapak

Venue : Jalan Ayer Jerneh, Setapak, Kuala Lumpur

Event : Ceramah Merdeka Rakyat (Parlimen Setiawangsa)

Date :  21/6/2012 @ 9.30 pm



1/39. Malam ini  Rafizi memilih Tun Dr Mahathir dan keluarga beliau sebagai bahan serangan.
 2.
 3.
 4.
 5. Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw (DAP) memilih LYNAS dan Suruhanjaya Khas BERSIH 3 sebagai bahan ceramah. Beliau meragui ketelusan Tun Hanif (bekas Ketua Polis Negara) sebagai Pengerusi Suruhanjaya tersebut dan mempersoal mengapa SUHAKAM tidak diberi kuasa atau peranan yang lebih besar.
 6. Susun atur pentas, penalaan cahaya dan sistem audio sejak bermula nya siri Ceramah Merdeka Rakyat amat memberangsangkan.
 7. Ahli Parlimen Kuala Selangor,  Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) juga memilih isu LYNAS sebagai isu utama dalam ceramah beliau.
 8.
 9.
 10.