Thursday 31 January 2013

Ust Nasha tidak gopoh, terbuka kepada lamaran

Venue : Masjid Negara, Kuala Lumpur

Event : Persidangan penubuhan Sekretariat bagi menangani isu kalimah Allah

Date : 30/1/2013 @ 10.00 am



1
 2
 3


Sekretariat khas untuk mendaulatkan Islam

Venue : Masjid Negara, Kuala Lumpur

Event : Persidangan penubuhan Sekretariat bagi menangani isu kalimah Allah

Date : 30/1/2013 @ 10.00 am


Perjumpaan hari ini telah pun diumumkan oleh penggerak utamanya iaitu Ust Ismail Mina, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) semasa sidang media dikediaman Dr Hasan Ali pada 22/1/2013 yang lalu.

Hari ini hadirin telah diperkenalkan kepada ahli jawatankuasa (pro-tem)  Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim, Bekas Ketua Hakim Persekutuan Malaysia.

Keanggotaan Sekretariat ini tidak statik dan sedia menerima siapa saja dari masa kesemasa, yang berkeupayaan untuk menyumbang kepada kegiatan utama penubuhan nya.

Draf Memorandum yang akan diperhalusi dan perkemaskan oleh
Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan sebelum 
dipersembahkan kepada Raja-raja Melayu. (Sekretariat mensasarkan tempoh tiga minggu untuk menyiapkan Memorandum tersebut sebelum Majlis Raja-raja bersidang pada penghujung bulan Febuari 2013)


MEMORANDUM DARIPADA SEKRETARIAT MENDAULATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN BERHUBUNG ISU PENYALAHGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' UNTUK PENELITIAN DAN TITAH DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA RAJA MELAYU.


Dengan penuh takzimnya, Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan (Sekretariat), merafak sembah dan menjunjung kasih, memohon perkenan Duli  Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk meneliti dan seterusnya mengamoun perkenan titah ke atas Memorandum berhubung perkembangan terkini berkaitan isu penyalahgunaan nama suci 'Allah'.



Memorandum ini telah dizahirkan dari kegusaran dan kekhuatiran umat Islam yang terbit dari perkembangan mutakhir, dimana kesucian nama 'Allah', sebagaimana terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri, Fatwa-fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan serta kuasa-kuasa mutlak Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam, boleh tercemar.



Memorandum ini adalah ikhtiar terdesak Sekretariat yang mewakili pelbagai lapisan umat Islam, khususnya Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan, tokoh-tokoh pemimpin umat Islam, gagasan individu Melayu dan Muslim terkemuka, pemikir-pemikir arus perdana serta Badan-badan yang berkongsi keperihatinan yang sama



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



1/37 Dr Yusri Mohamad, Presiden Institut Penyelidikan Strategik Islam (ISSI)
 2
 4
 5
 6
 7
 9 Dato' Aidit bin Ghazali, Ketua Turus JATI
 10


Wednesday 30 January 2013

Malam Kebangkitan NGO Selangor

Venue : Medan Selera Tom Yam Tok Ayah Raja Laut, Kg Medan, Selangor

Event : Malam Kebangkitan NGO Selangor bagi menyatakan sokongan kepada BN

Date : 29/1/2013 @ 9.00 pm


Lebih 100 NGO seluruh negeri Selangor hadir untuk menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan BN pada PRU13 akan datang.

1/34
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Tuesday 29 January 2013

Pemecatan Ust Nasha untuk alih isu



File Pic

Kenyataan Media
Pemecatan YB Ust Nasharudin Mat Isa oleh Majlis Syura Ulama PAS dibuat pada 13hb Januari yang lalu. Berita mengenai pemecatan hanya diumumkan oleh Setiausaha Majlis Syura, Ust Nik Zawawi beberapa hari yang lalu. Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat. Jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan berbagai spekulasi boleh dibuat.

Bagi saya pengumuman tentang pemecatan itu bertepatan dengan tarikh Lawatan Kemanusiaan YAB Perdana Menteri dengan Ust Nasharudin yang menjadi salah seorang ahli rombongan mempunyai muslihat tersendiri. Antaranya ialah untuk mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat mengenai isu Kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluarnya dipihak Pakatan.
 
Di satu pihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, sementara dipihak Majlis Syura Ulama PAS dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama PAS tidak berganjak menolak penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan dalam mesyuarat 13hb Januari. Pertembungan yang nyata di antara keputusan Pakatan Rakyat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu begitu merisaukan pimpinan tertinggi Pakatan.
 
Sementara itu ahli dan penyokong PAS diperingkat akar umbi  kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan mengemukakan satu jawapan yang decisive akan mengakibatkan bencana terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti.

Sebagai langkah “damage control” pemecatan Ust Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti diperingkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu aqidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan. 


YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
29 Januari 2013

Majlis Kepimpinan PR pegang representasi Hadi

Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Anwar Ibrahim

Date : 23/1/2013 @ 11.00 am

Presiden PAS, Hadi Awang ketika sidang media ini berlangsung, tidak membuat sebarang usaha untuk mengubah apa yang telah diputuskan oleh Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat pada 8/1/2013 yang lalu walaupun beliau telah buat 'u-turn' dengan bersetuju pula kepada keputusan Majlis Syura PAS.

Hadi Awang telah mendahului keputusan Majlis Syura semasa bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam khusus nya dalam isu penggunaan dalam Injil versi Melayu ketika bersidang dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Seminggu kemudian Majlis Syura pula telah bersidang dan membuat keputusan untuk tidak bersetuju dan menentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Keputusan ini telah dipersetujui sebulat suara oleh Hadi Awang dan Nik Aziz....




Isu 'Bread and Butter' menjadi penentu PRU13

Venue : Pantai Balok, Kuantan, Pahang

Event : Program Sekampung MPWK, Parlimen Indera Mahkota

Date : 26/1/2013


Pembangkang gagal di Parlimen Indera Mahkota ...BN akan beri tumpuan kepada isu
'bread and butter' dalam usaha memenangi semula kerusi Indera Mahkota dari PKR.



Wanita BN ucap takziah kepada keluarga William

Venue : Pantai Balok, Kuantan, Pahang

Event : Program Sekampung MPWK, Parlimen Indera Mahkota

Date : 26/1/2013


Ucapan takziah kepada keluarga mendiang William Yau kanak kanak berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang sejak 16 Januari 2013. Mayat seorang kanak kanak yang kini telah disahkan William telah dijumpai terapung apung di sungai Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Kelang.



Monday 28 January 2013

Kenyataan Dr Hasan mengenai Nasharudin Mat Isa


KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS


Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.

Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarakjauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.

Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin. Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.

Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin. Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.

Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS. Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin. Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.

Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun. Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.

Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
28 Januari 2013



Mari goyang sampai keras

Venue : Pantai Balok, Kuantan, Pahang

Event : Program Sekampung MPWK, Parlimen Indera Mahkota

Date : 26/1/2013


Teknoloji yang tidak tinggi tapi boleh mendatangkan pulangan kepada empunya peralatan membuat ais krim goyang... saksikan....




Rafizi nafi keluar kenyataan maaf kpd Zahid Hamidi

File pic.


KENYATAAN MEDIA


Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato' Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato' Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

Sunday 27 January 2013

Program Sekampung MPWK, Indera Mahkota

Venue : Dewan Orang Ramai, Pantai Balok, Indera Mahkota, Pahang

Event : Program Sekampung MPWK, Parlimen Indera Mahkota

Date : 26/1/2013 @ 11.30 am


 Program Sekampong ini akan diadakan dikesemua 222 kawasan Parlimen diseluruh Malaysia.

 1/69
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday 26 January 2013

Sekitar Sambutan Maulidul Rasul

Venue : Dewan Belian MPK, Kemaman, Terengganu

Event : Sambutan Maulidul Rasul anjuran Wanita UMNO dan NGO Wanita Islam Kemaman

Date : 25/1/2013 @ 9.30 am


1/70
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday 24 January 2013

UMNO dicabar sokong Majlis Syura

Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Anwar Ibrahim

Date : 23/1/2013 @ 11.00 am


Wakil AgendaDaily bertanya dan ini lah jawapan nya...





Anggota Tentera akan lebih bebas dibawah Pakatan

Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media mingguan Anwar Ibrahim

Date : 23/1/2013 @ 11.00 am


Sidang media hari ini diadakan bagi mengumumkan kerangka dasar Pakatan Rakyat bagi membela nasib anggota Angkatan Tentera Malaysia. Anwar Ibrahim juga memperkenalkan Lt. Jen. (B) Dato' Abd Ghafir Bin Abd Hamid, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia yang bertindak sebagai pakar runding dalam hala ehwal ATM.


1.
 2.
 3.
 4.
 5. 
LT. JEN. (B) DATO' ABD GHAFIR BIN ABD HAMID


Lt. Jen. (B) Dato' Abd Ghafir Bin Abd Hamid merupakan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Angkatan Tentera Malaysia di antara tahun 2000 hingga 2005. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai  Pegawai Pemerintah Batalion Malbat ke Namibia.
 6.



PAKATAN PERTAHANKAN KEMULIAAN DAN KEBEBASAN ANGGOTA KESELAMATAN

Pakatan Rakyat menghargai peranan dan sumbangan anggota keselamatan negara yang pernah dan sedang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ini hanya boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya kebebasan, kedudukan, kebajikan dan kemuliaan ATM dipertahankan sepenuhnya.

Justeru, saya membantah tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan penipuan politik untuk perolehan ATM. Soal persenjataan negara yang melibatkan dasar pertahanan strategik dan taktikal adalah kepakaran kepimpinan ATM yang amanahnya perlu dipikul oleh mereka.

Skandal-skandal yang membabitkan pembelian persenjataan dan kelengkapan yang mahal dan melibatkan rasuah sebenarnya mengkhianati pengorbanan dan perkhidmatan anggota keselamatan.

Apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak terlibat meluluskan satu pembayaran komisen yang mahal kepada orang kanannya sendiri dalam pembelian kapal selam Scorpene, tindakan beliau itu mengkhianati kebajikan dan kedudukan pasukan keselamatan negara.

Pertamanya, apabila peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan dengan berhemah bagi keperluan dan kebajikan anggota tentera (baik persenjataan, kelengkapan, perumahan dan pendidikan) dihabiskan sebagai habuan rasuah, ini menyebabkan ATM tidak dapat berbelanja bagi keperluan-keperluan yang lebih mendesak kerana kekurangan peruntukan. Keduanya, cemuhan rakyat terhadap perlakuan rasuah yang bersabit dengan pembelian persenjataan turut terpalit kepada ATM yang mencalarkan imej ATM, walaupun skandal itu tidak ada kena mengena dengan anggota keselamatan.

Sebab itu, saya bertegas bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak ansur mengenai rasuah dan amalan kronisme dalam pembelian persenjataan negara. 

Keputusan dan penilaian kewajaran pembelian persenjataan perlu diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan ATM mengikut tata kelola pentadbiran kerajaan persekutuan yang berteraskan ketelusan dan amanah kepada rakyat. Saya yakin prinsip ini akan menjimatkan berbilion wang rakyat yang kemudiannya boleh diperuntukkan untuk membela kebajikan dan kemajuan anggota tentera.

Berbekalkan peruntukan yang meningkat apabila kita berjaya membanteras amalan rasuah dan kronisme, saya telah meneliti dan mencadangkan perkara-perkara berikut sebagai langkah membela kebajikan anggota-anggota tentera:

  1. Pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu dirombak semula dengan perwakilan dari kalangan anggota tentera yang lebih adil dan bebas mewakili anggota terbanyak. Keuntungan dan perolehan LTAT wajarlah diagihkan dengan leih adil kepada anggota terbanyak, termasuk melalui peruntukan skim mikrokredit khas anggota tentera untuk memastikan mereka mendapat perhatian selepas meninggalkan perkhidmatan;
  2. Kerajaan Pakatan Rakyat wajar meningkatkan jumlah caruman yang disumbangkan oleh kerajaan di dalam LTAT kepada 20% daripada gaji setiap bulan (berbanding 15% sekarang). Peningkatan 5% caruman ini perlu diuruskan secara berasingan di dalam dana LTAT dan dikhususkan kepada program-program imbuhan yang berbentuk bantuan bulanan kepada bekas anggota tentera (yang berpencen dan tidak berpencen);
  3. Kerajaan Pakatan Rakyat wajar memperkenalkan Dividen Khas kepada bekas anggota tentera tidak berpencen bergantung kepada keuntungan LTAT setiap tahun dan caruman tambahan 5% yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Dividen Khas ini bagi membantu anggota keselamatan yang tidak mempunyai pencen berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang meruncing;
  4. Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan paras pencen adalah setara dengan dasar gaji minima RM1,100 yang diangkat oleh Pakatan Rakyat akan dilakukan, supaya tidak ada bekas anggota keselamatan yang tercicir dari pelarasan pencen seperti yang sering berlaku sekarang.

Saya yakin pendekatan berganda membanteras rasuah dan menggunakan peruntukan yang diselamatkan untuk membela kebajikan anggota tentera akan berjaya mempertahankan kemuliaan ATM di mata rakyat.

Kemuliaan dan kedudukan anggota tentera di mata rakyat adalah sangat penting kerana mereka adalah benteng pertahanan negara. Di bawah Pakatan Rakyat, saya yakin ATM akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.



ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
23 JANUARI 2013