Saturday 19 January 2013

Khairy Jamaluddin jangan warisi budaya Flip Flop

Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media Azmin Ali

Date : 17/1/2013 @ 11.00 am


Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO diminta jangan berbohong kepada rakyat Malaysia kerana keputusan beliau untuk menafikan membuat tuduhan keatas Anwar Ibrahim adalah keputusan beliau sendiri dan bukan dibuat atas sebarang desakan atau perundingan dengan Anwar.

Dengan menafikan pernah mengeluarkan kata kata yang menuduh Anwar (1) menjadi  Boneka Yahudi dan Amerika Syarikat dan juga (2) menjadi pengkhianat dalam perjuangan Melayu semasa berceramah di Kuala Kangsar pada 1/8/2007, bererti beliau telah pun menarik balik tuduhan beliau keatas Anwar.

Ini membuka opsyen pula kepada Anwar untuk mengkaji semula tindakan saman beliau keatas Khairy. Namun Anwar memilih dan mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan kes antara mereka dan  membatalkan saman RM100 juta keatas Khairy.

Ini telah dipersetujui dan telah dicatat dalam Terma Penyelesaian (Settlement Terms) yang telah ditandatangani oleh Messrs Gobind Singh Deo & Co (bagi pihak Anwar) dan Messrs Shafie & Co (bagi pihak KJ) dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi pada 16/1/2013.

Harap harap fenomena Flip-Flop tidak diwarisi dan kes ini menemui penyelesaian yang muktamad. Pemerhati dan penyokong kedua dua belah pihak dah naik letih mengekori kes kes saman seperti ini. Pemimpin harius tegas dan berani dalam membuat apa saja keputusan dan pendirian. 




No comments:

Post a Comment