Wednesday 20 February 2013

Pengumuman Pelancaran Institut Rakyat

Venue : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 19/2/2013 @ 11.30 am


Tricia Yeoh sedang memberi penerangan


PELANCARAN INSTITUT RAKYAT: KE ARAH MALAYSIA BARU

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), sebuah parti yang memperjuangkan islah dan keadilan untuk semua, akan melancarkan Institut Rakyat – sebuah badan penyelidikan yang independen. Walau diwujudkan oleh KEADILAN, Institut Rakyat (IR) adalah independen berdasarkan punca kewangan dan juga hasil penyelidikan yang dijana. Objektif utama IR adalah untuk memberikan perspektif yang seimbang kepada badan eksekutif parti.

Institut Rakyat akan menawarkan pandangan serta saranan dasar-dasar kepada KEADILAN. Hal ini seiring dengan visi sebuah Malaysia yang mekar di dalam suasana pertumbuhan ekonomi mapan serta perkembangan sosial, alam sekitar dan perhubungan kaum dan agama yang harmoni.

Institut ini merupakan hasil usaha pelbagai individu dan orang ramai yang terlibat di dalam kajian dasar, kertas kerja, dan juga penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh ramai sukarelawan, pelajar-pelajar praktikal, dan pekerja-pekerja parti dalam beberapa tahun. Inisiatif terbaru ini berfokuskan kepada memperkuatkan asas kepimpinan yang berdasarkan dasar-dasar yang kukuh.

Kami didorong oleh keperluan untuk adanya dasar-dasar yang berpandukan kefahaman yang mendalam dari segi pembangunan manusia, keadilan sosial, hak-hak asasi dan peluang yang sama.

Kami menubuhkan IR untuk mengiktiraf keperluan untuk:

Menaikkan tahap keyakinan awam (terutamanya kelas menengah, ahli perniagaan dan diplomatik) di dalam pembuatan dasar oleh parti-parti politik.
Mengubah senario politik di Malaysia dari ketakutan, ugutan, dan personaliti ke arah persaingan dasar kompetitif dan perdebatan.

Menyediakan kertas kerja dan kajian selidik yang menyeluruh bersama dengan pilihan dan implikasi untuk ahli pimpinan eksekutif agar dapat membuat pilihan dasar yang paling baik.
Memastikan timbang tara di dalam perlaksanaan dasar.


Malaysia sekarang berada di sebuah persimpangan jalan – untuk menghadapi pelbagai cabaran dari spektrum politik, sosial, dan juga ekonomi. Kami sedar bahawa terdapat kekurangan kebebasan institusi, sistem keadilan yang semakin gagal, dasar ekonomi-sosial yang tidak memberi tumpuan yang penuh untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan juga kemiskinan di kawasan bandar, dan kelemahan hala tuju dasar yang memburukkan lagi index-index utama di negara kita hari ini – kebebasan media, kedudukan kompetitif, dan kadar jenayah yang semakin meningkat. Perdebatan dan perbincangan yang serius amatlah penting untuk memastikan objektif-objektif dasar dapat dilaksanakan.

Oleh itu, kami dengan sukacita ingin mengumumkan pelancaran sebuah pusat penyelidikan dasar untuk memenuhi keperluan-keperluan ini. Tema pelancaran “Ke Arah Malaysia Baru” adalah amat sesuai, sepertimana yang kami harapkan untuk adanya dasar-dasar alternatif ke arah Malaysia yang lebih baik, untuk generasi masa depan yang akan datang. Kertas kerja pertama yang akan dibentangkan adalah bertajuk “Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna.”

Majlis pelancaran ini akan diadakan pada Khamis, 21 Februari 2013, 3 petang di Hotel Empire, Subang Jaya. Sesi ucaptama akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan diikuti oleh seorang penceramah jemputan.

Institut Rakyat mempunyai visi untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara berkembang dengan pembangunan ekonomi yang mampan dan seimbang dengan pembangunan sosial, alam sekitar, dan keharmonian bangsa dan agama. Kami percaya kepada sebuah falsafah di mana semua rakyat Malaysia tidak boleh ditinggalkan, tidak mengira bangsa, perbezaan kawasan, fahaman politik, gender, dan juga agama.


INSTITUT RAKYAT

19 February 2013



2 comments:

  1. Perenggan 1: "Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), sebuah parti......"

    Perenggan 2: "Institut Rakyat akan menawarkan pandangan serta saranan dasar-dasar kepada KEADILAN."

    Ini yang dikatakan berkecuali? KEADILAN ala PR :-)

    ReplyDelete
  2. bro,

    suruh dia orang ni skolahkan anWAr dulu jgn ugut nak buat mcm ARAB PUTUIH SPRING kalu kalah pru!!

    ReplyDelete