Google+ Followers

Saturday, 9 March 2013

Serangan Bukit Katil - Ketua Polis berat sebelah

Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang Media berikutan peristiwa serangan ceramah di Bukit Katil, Melaka

Tarikh : 8/3/2013 @ 11.00 am


Ceramah Merdeka Rakyat di Bukit Katil, Melaka telah disambut penyokong BN dengan 'kepakaran' yang mereka ada. Dua anggota Polis dilaporkan tercedera kena baling batu dan seorang penyokong PKR turut tercedera dalam kejadian tersebut.

Cermin pintu utama bas Jelajah Merdeka Rakyat dan cermin tingkap tingkat atas juga pecah dibaling dengan batu oleh para penyerang.

Malam tadi Anwar berhadapan dengan ceramah oleh Lokman Adam yang berganding dengan Ummi Hafilda di lokasi yang tak sampai 200 meter dari tapak ceramah Merdeka Rakyat. Nasib baik ada FRU yang berkawal. Kalau tidak mungkin keadaan yang lebih terok berlaku malam, tadi.

Namun Saifudddin Nasution amat tidak berpuas hati dengan sikap 'berat sebelah' oleh Ketua Polis Negeri Melaka, Datuk Chua Ghee Lye yang secara terus terang mengatakan tidak hormat nya beliau kepada Anwar dan parti pembangkang.

Ikuti rakaman sidang media Saifuddin Nasution dibawah ini.


1
 2
 3  Cermin pintu utama yang pecah kena baling batu. Anwar ketika itu sedang dalam perjalanan turun dari tingkat atas dan terkena sedikit serpihan kaca pintu tersebut. 
  4
  5  Bas ini tidak akan dapat dibawa ke ceramah di Padang Kota, Pulau Pinang bersempena sambutan ulangtahun ke 5 pemerintahan pakatan pembangkang di sana dan juga beberapa siri jelajah yang lain dalam masa terdekat sehingga lah diperbaiki.