Google+ Followers

Monday, 15 April 2013

Anugerah Biduan Negara buat S.M Salim

Lokasi : Double Tree by Hilton, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Acara : Malam Penghargaan Tan Sri Dato' S.M Salim anjuran FINAS dan KPKK

Tarikh : 10/4/2013 @ 9.00 pm


Majlis ini diadakan bagi menghargai pengorbanan dan perjuangan seni Tan Sri Dato' S.M Salim (d.o.b 30/7/1928) Beliau memulakan kariernya sebagai juruhebah Radio Malaya (kini RTM) secara sambilan sejak 1957. Beliau pada masa itu dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu asli turut menganggotai Kumpulan Irama Melayu dibawah pimpinan Awalauddin pada sekitar tahun 50-an sebelum menyertai Orkestra Puspati yang diketuai oleh mendiang Alfonso Soliano. Tan Sri S.M Salim adalah seorang artis versatile serta merupakan pelopor dan pencetus lagu-lagu Melayu Asli sehingga mendapat pelbagai pengiktirafan antaranya Ahli Mangku Negara (1964), Australia Fellowship Award (1980), Panglima Mahkota Setia dan banyak lagi

Sebagai penghormatan dan penghargaan, KPKK memberikan Anugerah Biduan Negara kepada Tan Sri S.M Salim yang disertakan dengan selempang, pingat, trofi, sijil penghargaan dan cek bernilai RM30,000.

Persembahan


Nasihat Tan Sri Dato' S.M Salim kepada penyanyi muda


1  Kassim Masdor bersama S.M Salim
 2  Siti Nurhaliza menyampaikan satu lagu
 3
 4  Kassim Masdor (d.o.b 1938), komposer, pelakun dan pemuzik
 5
 6
7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18