Google+ Followers

Friday, 31 May 2013

Istiadat Angkat Sumpah EXCO Selangor

Lokasi : Balairong Seri, Istana Alam Shah, Kelang, Selangor

Acara : Istiadat Perlantikan dan Angkat Sumpah EXCO Selangor

Tarikh : 30/5/2013 @ 9.00 am


Tiada ADUN lain yang dijemput untuk Istiadat ini kecuali mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah sahaja. Seperti yang kami telah difahamkan ketika Istiadat perlantikan MB dua minggu yang lalu, kemungkinan ada pihak yang memboikot Istaiadat akan membawa malu kepada semua pihak. Untuk mengelaknya cuma yang terlibat sahaja dijemput. Suatu keputusan yang bijak.

Baginda Sultan telah menitahkan supaya Manifesto pilihanraya ditunaikan oleh ADUN yang dilantik kerana ianya dianggap sebagai janji kepada rakyat.

Portfolio EXCO

ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
-Kewangan, Pembangunan Tanah dan Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan dan Jawatankuasa Adat Melayu.

Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad
-Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar

Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali
-Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan

Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi
-Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Adun Sabak, Sallehen Mukhyi
-Hal Ehwal. Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim
-Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah
-Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram

Adun Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman
-Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin

Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail
-Kebajikan, Hal Ehwal Wanita

Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong
-Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi
-Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi


1/47
  2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
27
28
 29
 30
 31
 32
 33
 34
 35
 36
 37
 38
 39
 40
 41
 42
 43
 44
 45
 46
 47