Google+ Followers

Friday, 14 June 2013

Habis madu sepah dibuang



Petikan dari AntaraPos 

"Yang menariknya, dalam isu ini, Ketua Penerangan PKR Muhammad Nur Manuty seolah-olah 'dijahit' mulutnya dan tidak lagi diberi peranan sebagai jurucakap parti. Banyak keputusan dan dasar parti kini diserahkan kepada Tian Chua untuk didedahkan kepada media.

Setelah tewas di kerusi Parlimen Bagan Serai pada 5 Mei lalu, dirinya ibarat tunggul yang menunggu masa untuk dibersihkan.

Sebelum ini, Muhammad selaku Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sekitar tahun 1990-an dianggap sebagai aset kepada PKR, khususnya diri Anwar. Pengalamannya yang sering mendampingi parti Umno dan mengangkat peranan pertubuhan Islam itu dilihat mampu memberi imej 'Islam' kepada PKR untuk menyaingi PAS.

Namun apakan daya sikap habis madu, sepah dibuang kegemaran Anwar memaksa Muhammad teraba-raba mencari jalan untuk membuktikan beliau masih relevan dalam dunia politik tanahair, atau setidak-tidaknya dalam partinya sendiri, PKR."