Google+ Followers

Sunday, 30 June 2013

Jangan pertikai kedudukan Melayu - Prof Khoo

Lokasi : Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam, Selangor

Acara : DIALOG "KE ARAH KONGRES KEBUDAYAAN KEBANGSAAN" ANJURAN IKD

Tarikh : 29/6/2013 @ 9.00 pm


Siri pertama dialog "Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan" bersama tokoh sejarawan negara Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Saudara Eddin Khoo selaku pemudahcara.

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim adalah merupakan salah seorang pembentang asal dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan kali pertama yang dianjurkan pada 16 - 20 Ogos 1971 di Universiti Malaya. Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 adalah lanjutan kepada suatu kongres rakyat yang diadakan lebih awal iaitu pada 30 Disember 1957 - 2 Januari 1958 di Melaka atas nama Kongres Kebudayaan Melayu. Jarak waktunya antara kedua kongres tersebut ialah kira-kira 14 tahun. 

Kini selepas 42 tahun sejak Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, Institut Kajian Dasar mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan kali kedua dan hasrat ini dimulakan dengan penganjuran beberapa siri dialog "Ke Arah Kongres Kebudayaan Kebangsaan".


Banyak fakta sejarah yang membuka mata disampaikan oleh Prof Khoo. Fakta ketuanan Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Peristiwa 13 Mei, pergaduhan kaum antara Melayu dan Cina di Pulau Pinang dan Sg Manik, sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, penubuhan PKM, mengenai suku Hainam yang menjadi pendokong utama PKM dan suku Cina di Lenggong yang menjadi musuh utama PKM. Nantikan rakaman video eksklusif yang sedang saya usahakan dalam masa terdekat.


1
2
 3
 4
 5
  6
 7
 8
 9
 10
 11  Sdr. Khalid Jaafar, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar pun turut berinteraktif ketika sesi Q & A
 12
 13
 14