Tuesday 11 June 2013

Ngeh Koo Ham kena ludah percuma




KENYATAAN AKHBAR
PENGERUSI BNBBC PERAK

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Dato' Ngeh Koo Ham yang menyelar Kerajaan BN Perak kerana mengadakan Sidang DUN selama sehari pada 28 Jun ini ibarat 'meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri'.

Pengerusi DAP Perak itu dalam akhbar Sinar Harian Edisi Perak hari ini mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar dengan menuduh Kerajaan BN Perak takut untuk berdebat dan "masih dibayangi dengan kerajaan perompak kerana menjalankan sidang dewan dalam waktu yang singkat".

Koo Ham sepatutnya menyelidik kembali apakah yang sebenarnya berlaku semasa sidang dewan pertama sewaktu pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Negeri Perak pada 2008.

Sidang pertama pada 25 April 2008 yang bermula pada 3.00 petang juga berlangsung selama beberapa jam sahaja, semata-mata bertujuan memilih Speaker dan Timbalan Speaker serta mengangkat sumpah oleh ADUN-ADUN.

Sudah menjadi kelaziman tidak ada perbahasan pada sidang pertama dewan pada awal penggal, dan ini juga berlaku semasa pakatan pembangkang memerintah Negeri Perak.

Selepas sidang pertama, Kerajaan PR Perak ketika itu mengambil masa dua bulan untuk mengadakan sidang berikutnya, iaitu dari 24-27 Jun 2008 yang ketika itu barulah sesi perbahasan dijalankan.

Nampaknya Koo Ham hanya pandai menuding dan 'meludah' muka orang lain, tetapi dia terlupa sebenarnya dia menuding dan meludah mukanya sendiri.

ADUN-ADUN pembangkang juga tidak banyak memainkan peranan yang aktif sepanjang tempoh sidang Dewan pada penggal lalu, yang hanya dipenuhi dengan adengan memboikot dan keluar beramai-ramai dari Dewan serta tidak berminat membahas dan membawa masalah rakyat.

Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN PR sekadar berkisar isu politik negeri dan negara, tetapi kurang memberikan tumpuan kepada masalah-masalah rakyat termasuklah di Pasir Panjang, Sitiawan dan Pantai Remis ketika itu.

Kata-kata Koo Ham kononnya sidang Dewan tidak memberi banyak ruang untuk mereka membahaskan masalah rakyat adalah tidak masuk akal, kerana masa yang sepatutnya digunakan untuk tujuan itu telah disalahgunakan dan tidak ditumpukan kepada penyelesaian masalah rakyat.

Koo Ham sepatutnya mencermin diri dan partinya terlebih dahulu, sebelum melempar pelbagai tohmahan buruk kepada pihak lawan.

Dato' Mohd Khusairi Abdul Talib
Pengerusi BNBBC Perak
Adun Slim

11 Jun 2013

6 comments:

  1. Zack Ahmad Keychain11 June 2013 at 16:50

    Anjing maaaaa. Kalau tak nyalak bukan namanya anjing.

    ReplyDelete
  2. MEMANG HANJING. NAJIS. KALAU MASUK DUN JENUH NAK KENA SAMAK NANTI.

    ReplyDelete
  3. Tahniah BNBBC Perak. Jawab jangan tak jawab Yeop. Puak puaka haram kejadah ni jangan diberi muka. Ludah je Yeop.

    ..Teman dari Bota Kanan

    ReplyDelete
  4. Diharap kenyataan dato' diatas akan tersiar di sinar harian edisi perak besok. Pastikan tersiar dato'. Tahniah.

    ReplyDelete
  5. anjing memang suka menyalak!

    ReplyDelete
  6. Ye ke sinar hairan ada siarkan?

    ReplyDelete