Friday 27 September 2013

Hisham terjah program Wanita?

Lokasi : Dataran Tasek Kluang, Kluang, Johor

Acara : Majlis Seuntai Kasih Sejambak Sayang Wanita Negeri Johor

Tarikh : 26/9/2013 @ 12 pm


Berita Harian (26/9/2013)

Kluang: Perwakilan Wanita UMNO akan memilih calon yang bertanggungjawab mengutamakan serta mengarusperdanakan suara golongan itu pada pemilihan parti, bulan depan.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perwakilan Wanita UMNO akan memberi penghormatan dan sokongan kepada mereka yang memberi sumbangan kepada perjuangan wanita, sebelum ini.

"Pada kami, perjuangan ini mustahak dalam mengambil kira siapa yang nak disokong, ini perjuangan bersama dan Wanita UMNO ambil kira siapa yang bertanggungjawab mengarusperdanakan wanita..., jadi faham-faham sajalah," katanya pada sidang media selepas berucap pada majlis Seuntai Kasih Sejambak Sayang Wanita UMNO Johor, di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya siapakah bakal calon dipilih Wanita UMNO bagi jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan UMNO, bulan depan.


Hishamuddin tak silap majlis ke?.. hehe Desperate time requires desperate measures...


21 comments:

  1. Masam menyampah muka kak jat ...

    Apa punya anak bangsawan ... macam bangsatwan tak ada maruah!!!

    ReplyDelete
  2. Sampai begitu sekali desperadonya? Kekeke!!!

    ReplyDelete
  3. Hisham tak silap tempat, hanya lupa pakai baju kurung. pemimpin pengecut takdak teloq, roti kosong bkn roti jantan. masa zaman pemuda dulu punya pengecut samapi ade org umno cadang biar ketua pemuda pakai baju kurung ketua pu3 (azalina) pakai seluar sbb hisham berdalih2 bila pemuda nak demo atas isu pulau batu putih!

    ReplyDelete
  4. eh betol la tu hisham kat majlis tu.ituari dia apply sbg calon ketua wanita tapi kena reject

    ReplyDelete
  5. Hisham ni kan ke ada masalah yang tak berkesudahan dengan Shahrizat? Memang betul2 terdesak nampak gayanya.. Hisham you are already in the archive section.. kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Muka Kak Ijat terkulat kulat menahan bengang gamak nya.

    ReplyDelete
  7. Buat malu jer pegi majlis wanita sekali kak ijat tak endorse pun. tengok le muka kak ijat kelat jer...hisham semakin panas sbb di sana sini kedengaran perwakilan menolak dia pasal mutu kepimpinannya sangat rendah.

    ReplyDelete
  8. Kak Jat nak berjuang kenalah berkorban.

    Bila nama dah tercalit, korbanlah diri tu sekali ....Apa benda nak tanding dan letak dungu jadi Naib. Tak tik tak mahu turun ke???

    ReplyDelete
  9. Dekat pemilihan baru la hisham terhegeh2 nak jumpa org umno dan hadir majlis umno. dia ni kawan2 semua tau memang susah sangat2 kawan2 nak jumpa. sifat hisham ni dia hanya nak berkawan dgn beberapa org yg disuka aje. yg lain2 dianggap hamba yg hanya bernilai utk disuruh sarah dan di maki haumn aje. tak caya tanye la kawan yg lama mengenali dia dari jaman pemuda....

    ReplyDelete
  10. Bukankah ini telah secara terang terangan melanggar etika seperti yang telah dikeluarkan :

    2.6.1 Tidak boleh menganjurkan samada secara langsung atau tidak langsung sebarang perhimpunan, pertemuan, jamuan atau apa-apa majlis yang membabitkan Ahli-ahli bagi pihak dirinya atau bagi pihak mana-mana calon kecuali yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia dan/ atau Jawatankuasa Penyelaras Pemililhan Negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO Negeri.

    ReplyDelete
  11. Kak Ijat kami tatap dgn Kak Ijat walau kemana sekali pun. Kepimpinan akak sentiasa kami perlukan. Hidup Kak Ijat ! Hidup Wanita !

    ReplyDelete
  12. elok hishamKeris jaga wanita..lembek..pondan nak mampos..No Hisham this time

    ReplyDelete
  13. panas la.... kak ijat tahan panas... x baik la korang buruk sangka mcm tu....

    ReplyDelete
  14. TERINGAT LEMBU KAT KONDO..........KAH KAH

    ReplyDelete
  15. Shahrizat Jalil akan jadi bertambah kuat dalaman beliau setelah mengharungi segala macam tohmana dan fitnah yang dilemparkan keatas beliau. Harap beliau istiqamah dan teruskan apa yang beliau perjuangakan.

    ReplyDelete
  16. Fitnah lah, tohmah lah sepuas puas nya. Shahrizat will emerge champion. Insyaallah.

    ReplyDelete
  17. Doa saya untuk kak Ijat. Semoga diberi hidayah dan kekuatan.

    ReplyDelete
  18. Kak Ijat forever and ever ... I like. :) - jee

    ReplyDelete
  19. Kak Ijat for Ketua Wanita ... saya suka , dan for Hishamuddin pula , bagi lagi peluang for another term .. harap prestasi lebih baik

    ReplyDelete
  20. Kak Ijat sudah banyak berubah. Saya suka keterampilan Kak Ijat. Sampai masa saya pun nak jadi macam Kak Ijat, Allah pelihara lah Kak Ijat.

    Noor Selayang

    ReplyDelete