Google+ Followers

Wednesday, 16 October 2013

Masih ada calon kalah yang rasional

Lokasi : Ibupejabat UMNO, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan bantahan oleh calon-calon yang tewas dalam pemilihan parti UMNO

Tarikh : 14/10/2013 @ 12.00 pm


Siti Norhayati, calon Ketua Wanita Bahagian PJ Utara walaupun tewas dalam pemilihan yang baru lalu mempunyai pandangan yang berbeza daripada kebanyakan calon-calon yang tewas. Beliau masih lagi tenang dan rasional dalam pandangan beliau mengenai kepimpinan, politik wang dan sistem pemilihan baru yang diguna pakai oleh UMNO. Kehadiran beliau bersama berberapa orang perwakilan dari PJU adalah untuk melaporkan beberapa kepincangan yang berlaku dalam proses pemilihan termasuk lah juga isu pemantau yang tidak berpengalaman dan tidak terlatih dalam tugasan mereka.