Google+ Followers

Wednesday, 27 November 2013

UMNO hanya perlu dua sayap untuk 'terbang'

Lokasi : Dewan Tun Hussein, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Ramah Mesra kepimpinan Wanita negeri dengan Ketua Wanita UMNO

Tarikh : 26/11/2013 @ 2.00 pm


Kak Ijat hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama EXCO Wanita yang baru dilantik bagi penggal 2013-2016. Selain jawatan Kak Rosni sebagai Penolong Setiausaha Wanita yang masih dikekalkan, jawatan-jawatan lain termasuk jawatan Ketua Penerangan masih lagi dipertimbangkan dan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat. 

Fokus Kak Ijat ialah untuk meletakan Wanita dalam klasifikasi baru dan tidak lagi dikenali sebagai Sayap UMNO setara dengan Puteri dan Pemuda UMNO. Ianya sebagai pengiktirafan kepada sumbangan dan kematangan Wanita sebagai IBU dalam parti UMNO. Kak Ijat akan mencadangkan kepada Presiden parti dalam masa terdekat untuk mengkategorikan Wanita UMNO sebagai 'TULANG BELAKANG UMNO' sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno minggu depan. 


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13