Friday 27 December 2013

Zoo Negara berwajah baru kekal di Ulu Kelang

Lokasi : Zoo Negara, Ulu Kelang, Selangor

Acara : Santai

Tarikh : 27/12/2013


Zoo Negara kekal di Hulu Kelang dan kerja pengubahsuaian untuk wajah baru kini sedang berjalan rancak. Tiket masuk bagi rakyat Malaysia dnegan MyKad ialah RM30. Setakat ini enclosure beruang telah hampir siap diubah suai dan hanya menunggu beruang dikembali kan ke enclosure tersebut. Tambahan terbaru ialah harimau putih dan Safari Walk yang hampir siap. Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan keadaan binatang-binatang yang kelihatan sihat dan aktif  di dalam enclosure masing-masing. 

1/39
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8 ~ 12  Badak Air Nil - Badak air adalah perenang yang hebat dan boleh menahan nafas didalam air selama 5 minit. Badak air juga boleh berjalan didalam sungai dan tasik. Ia mempunyai kelenjar yang mengeluarkan mukus berwarna 'pink' yang berfungsi sebagai losyen plembab, pelindung matahari dan pencegah serangga..
Makanan utama - rumput & rumpai air.. Habitat asal - Afrika
 9
 10

Thursday 26 December 2013

Bersantai bersama gajah Kuala Gandah

Lokasi : Kuala Gandah Elephant Orphanage Sanctuary, Temerloh, Pahang

Acara : Jalan-jalan Makan angin

Tarikh : 24/12/2013


Dah lama tak beraktiviti santai bersama keluarga. Hari ini kami sekeluarga buat keputusan melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) yang terletak di Kuala Gandah, dalam kawasan Parlimen Temerloh, Pahang. Cadangan asal nak balik ke Perak, tapi ibu saya pula bercuti ke Langkawi bersama adik saya. 

Aktiviti di PKGK terhad kepada memberi makan gajah dan persembahan gajah terlatih sahaja. Menurut Mahout yang bertugas, kegiatan mandi bersama anak gajah dan menunggang gajah terpaksa dihentikan buat ketika ini kerana anak-anak gajah dan gajah tunggangan baru masih dalam latihan.

Perjalanan dari Kuala Lumpur cuma memakan masa sejam suku sahaja. Sebagai peringatan jangan guna Waze map atau pun Google Map. Kedua dua nya memberi pandu arah yang salah dan tersasar hampir 25 km. Dari lebuhraya Pantai Timur keluar exit Lancang dan tuju terus ke Lanchang. Bila tiba Lanchang cari tanda arah ke PKGK. Mudah saja.

Masuk adalah percuma. Selain Cafetaria, kemudahan seperti tandas moden dan bersih disediakan untuk pengunjung mandi dan menyalin pakaian. 

Untuk memberi makan kepada gajah, pengunjung boleh lah membeli pisang dan tebu dengan harga RM5 sesikat pisang dan RM3 bagi seberkas tebu. 

Walaupun terhad aktiviti, saya rasa kunjungan kesana amat berbaloi kerana dapat ketenangan dan terhibur dengan gelagat gajah. 


1/39
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Kitab lama jadi bahan hasutan turun merusuh

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, KL

Acara : Pelancaran Roadshow Anti-GST

Tarikh : 20/12/2013


Apa saja boleh jadi bahan. Kepada penyokong dan pendemo tegar itu tak menjadi masalah.... mereka akan tetap turun berdemo tidak kiralah apa alasan nya...




Wednesday 25 December 2013

Dakwaan Rafizi mengenai penjualan aset negara

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, KL

Acara : Pelancaran Roadshow Anti-GST

Tarikh : 20/12/2013


Kepada pembaca yang tidak memahami dakwaan Rafizi mengenai penjualan aset oleh kerajaan pimpinan Najib Razak, ikuti dakwaan beliau seperti yang diucapkan beliau di Kelab Sultan Sulaiman bersempena pelancaran Roadshow Anti-GST. Jawapan kepada dakwaan ini telah pun diberi oleh Kemterian Kewangan  di entri

Rafizi putar belit dan tidak bertanggungjawab - MOF





Tuesday 24 December 2013

Rafizi putar belit dan tidak bertanggungjawab - MOF


Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan


PEN:16/2013/12 Kewangan


Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan berikut :

SIARAN MEDIA
  MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan

Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut  diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)

Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swastauntuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.


Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.


Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.


KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

24 Disember 2013


Tok Him tak mahu jadi barua pemimpin UMNO

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur


Tarikh : 22/12/2013


Secara peribadi saya rumuskan bahawa Tok Him terasa hati, segala usaha dan sumbangan beliau seolah olah dipandang enteng oleh kepimpinan UMNO. Beliau mahu pengiktirafan... dalam apa bentuk tak pula disebut. PRU13 menjadi pentas beliau uji kemampuan PERKASA dan cuba pikat sokongan UMNO.

Tanpa perlu berselindung nampak nya beliau gagal dan ini beliau akui sendiri secara tidak langsung walaupun kepimpinan UMNO dipersalahkan. Namun perjuangan beliau perlu diteruskan demi kepentingan orang Melayu. Mungkin sebagai kumpulan pendesak yang mesra UMNO. Perlu diingat, keahlian PERKASA majoriti nya terdiri daripada orang UMNO. Kita ikuti apa yang Tok Him ucapkan semasa majlis perasmian Persidangan Agung Tahunan PERKASA.




Monday 23 December 2013

Ibrahim Ali salahkan Bloggers for his misery ?

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur


Tarikh : 22/12/2013


Adoi nak cari gaduh dengan Bloggers pulak ke Tok Him? Setiausaha Agung Perkasa bagaimanapun menjelaskan bahawa Tok Him merujuk kepada portal berita pro-pembangkang yang selalu menebeng dimana mana program Perkasa dengan tujuan nak mengena Perkasa dan Ibrahim Ali. Saksikan bagaimana berangin Tok Him ketika membicarakan isu spinning yang keterlaluan oleh portal berita yang dimaksudkan.




Tok Him akan tetapkan KPI untuk PM & TPM

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur


Tarikh : 22/12/2013


Tak susah sebenarnya untuk kita sebagai rakyat Malaysia menilai prestasi Perdana Menteri dan Timbalan beliau. Kita cuma perlu bandingkan bajet tahunan dan aku janji pilihanraya dengan angka-angka yang dicapai dengan persekitaran ekonomi dan suasana politik semasa. Tok Him hari ini membuat kenyataan politik... terlalu geram gamak nya..




Najib tak bagi muka pada Soi Lek

Lokasi : Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur


Tarikh : 21/12/2013


Soi Lek dalam ucapan terakhir sebagai Presiden MCA mencuba nasib memohon secara impromptu peruntukan sebanyak RM20 juta bagi sekolah Cina dari Perdana Menteri, jumlah yang kurang berbanding RM30 juta yang diluluskan di majlis yang serupa tahun lalu. Kali ini cubaan beliau gagal kerana Najib langsung tidak ambil pusing permohonan tersebut.

UEC = Unified Examination Certificate issued by the Malaysian Independent Chinese Secondary Schools (MICSS)

Mungkin Najib berfikir lebih baik bagi peruntukan untuk sekolah Cina melalui Presiden MCA yang baru sebagai mukadimmah kepada chapter baru..


Kerajaan tak cekap dalam melawan fitnah dan tohmahan lawan

Lokasi : Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur


Tarikh : 21/12/2013




Bertekun Tok Mat mendengar cadangan Soi Lek mengenai perlunya Kementerian-Kementerian mempunyai unit khas untuk melawan dakyah, fitnah dan tohmahan pihak lawan


Memang SOHAI atau berniat jahat ?

Isu Ku Nan dikatakan menyamakan wanita dengan hartanah bermula apabila wartawan dari sebuah portal menyoal Ku Nan bertalu talu dengan soalan yang sudah berkali kali dijawab oleh Ku Nan.. malah pada sesi sidang media tersebut semua wakil media yang hadir sudah pun selesai menyoal isu penurunan kadar cukai pintu.. sudah nya Ku Nan 'berseloroh' dengan gaya yang biasa beliau berinteraksi dengan wakil media bagi menjawab soalan yang boleh dianggap tak 'cerdik' bagi seorang wartawan yang mengikuti isu cukai pintu... Samada wartawan tersebut bingai tak faham seloroh Ku Nan atau sengaja buat2 SOHAI bagi menjerat Ku Nan, tidak lah saya pasti... tapi yang pasti kenyataan Ku Nan telah dibawa ke MCA untuk dilagakan dengan Wanita MCA.. Ikuti jawapan Ku Nan semasa menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60 pada 21/12/2013




Sunday 22 December 2013

Sekitar perasmian AGM Perkasa

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Persidangan Agung Tahunan PERKASA

Tarikh : 22/12/2013


Tema

'Mendaulatkan Perlembagaan Negara & Agenda Ekonomi Bumiputera
Sejahtera Untuk Semua'


1/58
2
  3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

MCA perlukan Viagra politik untuk 'rejuvenate'

Lokasi : Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke -60

Tarikh : 21/12/2013



Ucapan perasmian - Full - 44.22 min

1/70
 2
 3
 4
 5
6
 8
 9
 10

Friday 20 December 2013

Kadar taksiran cukai pintu diturunkan

Lokasi : Tkt 29, Menara 1 DBKL. Kuala Lumpur

Acara : Sidang media penurunan KADAR cukai pintu

Tarikh : 19/12/2013


Kadar peratusan pengiraan cukai taksiran DBKL dikurangkan


KUALA LUMPUR: Cukai taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikurangkan antara satu hingga empat peratus mengikut jenis premis berkuat kuasa 1 Jan ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata kadar peratusan cukai hartanah perdagangan dikurangkan daripada 12 peratus kepada 10 peratus, pangsapuri servis daripada 10 peratus kepada tujuh peratus, kediaman daripada enam peratus kepada empat peratus dan rumah pangsa kos rendah daripada enam peratus kepada dua peratus.

"Cukai taksiran bagi tanah kosong perdagangan dikurangkan daripada 10 peratus kepada tujuh peratus dan tanah kosong kediaman daripada tujuh peratus kepada lima peratus.

"Bagi Kampung Baru, Kampung Sungai Pencala dan Kampung Melayu Segambut Dalam, kadar peratusan cukai diturunkan daripada dua peratus kepada satu peratus manakala bagi lain-lain kampung, bangunan dan tanah kosong adalah antara satu peratus dan dua peratus," katanya dalam sidang media di ibu pejabat DBKL di sini, hari ini.

Justeru, katanya jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik rumah kos rendah dan kos sederhana adalah pada paras paling minimum.

"Untuk rumah kos tinggi, kadarnya tidak melebihi 10 peratus dan bangunan komersial tidak melebihi 35 peratus daripada jumlah cukai taksiran yang dibayar sekarang," katanya.

Tengku Adnan berkata pemilik harta yang telah mengemukakan bantahan secara bertulis kepada DBKL sebelum atau pada 17 Dis 2013, akan tetap dipanggil ke sesi pendengaran bantahan yang akan bermula pada 6 Jan hingga 31 Mac 2014.

"Jika pemilik dapat membuktikan bahawa nilai tahunan yang dicadangkan oleh DBKL terhadap harta mereka adalah tinggi Jawatankuasa Pendengaran Bantahan boleh menimbang untuk mengurangkan nilai itu.

"Ini akan mengurangkan lagi jumlah cukai taksiran yang perlu dibayar oleh pemilik," katanya sambil menjelaskan cukai taksiran adalah berdasarkan nilai tahunan satu-satu hartanah.

Nilai tahunan bermaksud anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperoleh daripada bangunan itu, sebagai contoh, jika bangunan tersebut ditaksir memperoleh sewa RM1,000 sebulan maka nilai tahunannya adalah RM12,000.

"Insentif dalam bentuk pengurangan jumlah cukai taksiran diberi kepada pemilik harta Orang Kelainan Upaya (OKU), pemilik harta yang merupakan pesara dan pemilik harta yang mendiami sendiri kediaman mereka (tidak menyewakan)," katanya.

Pemilik harta kategori itu diminta mengisi borang permohonan berserta bukti untuk mendapatkan insentif berkenaan.

Tengku Adnan berkata sementara Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Pintu mendengar semua bantahan, pemilik harta dibenar menjelaskan cukai taksiran bagi penggal pertama pada Januari 2014 berasaskan jumlah cukai taksiran semasa yang dikenakan pada tahun 2013 iaitu jumlah lama.

"Pelarasan akan dibuat dalam bil cukai taksiran penggal kedua Julai 2014," katanya.

Sehingga hari terakhir bantahan pada 17 Dis lepas, DBKL menerima bantahan daripada kira-kira 80,000 pemilik hartanah daripada keseluruhan 507,000 pemilik hartanah di kawasan DBKL berhubung kadar cukai pintu baharu.

Artikel - ASTROAWANI


Kenyataan penuh Ku Nan
1
2
 3
 4
 5
 6
 7