Wednesday 31 July 2013

Sembang sembang bersama DS Shahidan Kassim

Lokasi : Japanese Restaurant, Seri Pacific, Kuala Lumpur

Acara : Sembang sembang selepas Iftar bersama DS Shahidan Kassim

Tarikh : 30/7/2013 @ 10.00 pm


'A very enlightening session'..itu gambaran yang dapat saya berikan mengenai sesi sembang sembang dengan DS Shahidan Kassim. Tajuk sembang merangkumi peranan dan tugasan beliau sebagai 'kaki pukul' di Parlimen, nasib dan masa depan Melayu, politik Perlis, peranan ulamak muda dan Dr Maza, cyberworld di Malaysia dan beberapa lagi tajuk yang menyentuh perjalanan  dalam UMNO masakini.. yang paling menarik mengenai kejadian beliau menyiku Anwar Ibrahim yang menyebabkan Anwar 'kecut perut' sehingga kini.. Bagi pengetahuan semua, DS Shahidan adalah orang kuat persatuan Tomoi di Malaysia... haha amek kau !

1
 2
 3
 4
 5  Di lobby hotel terserempak pula dengan blogger Zaharin (Sang Kelembai) dan YB Dato' Haji Abdul Manaf bin Hashim, ADUN Pengkalan Baru, Perak .. kampong halaman saya.. ibu saya mengundi disana tetapi saya pengundi Titiwangsa..



DBKL tidak pilih kasih dalam memberi bantuan

Lokasi : Kg Pasir Baru, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur

Acara : Lawatan ke lokasi kebakaran dan pemberian saguhati oleh Menteri Wilayah Persekutuan

Tarikh : 30/7/2013 @ 10.00 am




Mangsa kebakaran Kg. Pasir Baru ditawar rumah PPR

KUALA LUMPUR 30 Julai - Nasib enam sekeluarga yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam di sini semalam mendapat pembelaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tampil menawarkan rumah sewa menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil dan Taman Muhibbah, Puchong di samping menghulurkan bantuan RM300 untuk setiap keluarga.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Aziz berkata, bagaimanapun mereka belum membuat keputusan walaupun surat tawaran bagi menduduki PPR Bukit Jalil telahpun siap untuk mereka berpindah.

"Kita berharap kesemua mangsa akan dapat berpindah segera kerana kawasan perumahan setinggan ini sebenarnya adalah tanah rizab yang mana ia akan dipagarkan selepas dibersihkan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melawat kesemua mangsa dan meninjau lokasi kebakaran bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut menghulurkan bantuan peribadi RM500 untuk setiap keluarga.

Dalam pada itu, Tengku Adnan memberitahu media, pihaknya bersama DBKL akan turut membantu mencari tapak perniagaan bagi mangsa yang berniaga kecil-kecilan selain membantu proses pemindahan kesemua mangsa ke rumah sewa yang ditawarkan.

Kejadian kebakaran yang berlaku pukul 8 pagi semalam melibatkan 35 penghuni yang menduduki perumahan setinggan itu sejak 30 tahun lalu.

Sementara itu, mangsa Heriah Mat Nasir, 67 tahun, yang tinggal sementara di Dewan Rukun Tetangga kampung berkenaan bersama keluarganya berkata, beliau sedih kerana tidak dapat menyelamatkan harta benda seperti dokumen peribadi termasuk wang perniagaan anaknya yang berjumlah RM4,000.

Bagaimanapun, Heriah tetap bersyukur kerana kesemua ahli keluarganya selamat dan hanya cedera ringan dalam kejadian itu.

"Saya juga berterima kepada kerajaan khasnya DBKL dan Datuk Seri Tengku Adnan kerana sanggup datang melawat kami memberi bantuan kewangan dan menawarkan rumah sewa bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri nanti," katanya.

Mangsa Ahmad Hariri Baharuddin, 48 tahun, pula berkata, beliau gembira kerana walaupun Pantai Dalam adalah kawasan dipimpin pakatan pembangkang namun keprihatinan pemimpin kerajaan terhadap rakyat tanpa mengira fahaman politik amat dihargai.

"Saya juga berasa lega apabila diberitahu oleh Tengku Adnan bahawa ruang perniagaan untuk saya akan diusahakan kerana faham masalah saya yang perlu menyara keluarga," katanya. - BERNAMA

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Tuesday 30 July 2013

Iftar Ramadhan - Sokongan warga FELDA dihargai

Lokasi : Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur

Acara : Iftar Ramadhan bersama Tan Sri Isa Samad

Tarikh : 29/7/2013 @ 7.00 pm


Perutusan Raya dan ucapan penghargaan dari Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad kepada warga FELDA khususnya dan kepada rakyat Malaysia amnya.




1
 2  Afakah mereka akan kembali bergabung dalam pemilihan UMNO kali ini?
 3
 4
 5
 6


Monday 29 July 2013

Fadhilat Ramadhan

Lokasi : Jalan Masjid India, Kuala Lumpur


Tarikh : 27/7/2013 @ 1.00 am


Ini sebahagian daripada KPI seorang pemimpin Muslim walaupun tidak disebut didalam KPI beliau sebagai Timbalan Menteri kewangan...Alhamdulillah




Iftar Ramadhan - Rais Yatim impikan penyatuan Melayu

Lokasi : Ampang Jaya, Selangor

Acara : Iftar Ramadhan bersama Tan Sri Rais Yatim

Tarikh : 28/7/2013 @ 7.00 pm




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11


Iftar Ramadhan - Dr Khir yakin BN boleh tawan S'gor semula

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Iftar bersama Dr Khir Toyo

Tarikh : 26/7/2013 @ 7.00 pm


Dr Khir yakin BN boleh menawan semula Selangor dengan gerakan NGO yang mantap dan tersusun. Kes rayuan beliau masih belum ditetapkan tarikh pendengaran nya. Persoalan yang masih bermain difikiran semua pemerhati kes tersebut ialah apa harga yang boleh diguna oleh Dr Khir sebagai pembeli setelah 5 penilaian professional diperolehi. Seperti biasa Dr Khir masih ceria dan tajam dalam berkongsi buah fikiran beliau...



Sunday 28 July 2013

Yok Sahur meriah

Lokasi : Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

Acara : Tamu Yok Sahur 

Tarikh : 27/7/2013 @ 1.00 am



Majlis anjuran NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia dengan kerjasama Murai.Com.My. Ramai artis yang terlibat menjayakan program bagi meraikan 80 orang anak yatim yang diundang khas. Antara artis tersbut ialah Amy Search, Cat Farish, Amber Chia, Sazzy Falak, Fauziah Latif dan Eja.. Majlis dirasmikan oleh Datuk Haji Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan..

Pesanan Tok Mat supaya jangan membazir dalam bulan Ramadhan walaupun perlu berbelanja



1/41
 2
 3
 4
 5
 6
7  Presiden Srikandi, Norashikin Abdul Ghani berdiri sebelah kanan sekali
 8
9
 10

Friday 26 July 2013

PRK N1 Kuala Besut - Rasmi BN Menang majoriti 2,592

Lokasi  : Majlis Daerah Kuala Besut, Jerteh, Terengganu

Acara : Keputusan PRK Kuala Besut

Tarikh : 24/7/2013 @ 10.00 pm








1/23
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10