Google+ Followers

Tuesday, 14 January 2014

Keluar dari tradisi, suatu langkah berani

Lokasi : Bilek Mesyuarat, Blok 2, Menara Sri Wilayah, P2, Putrajaya


Tarikh : 13/1/2014  @ 11.00 am



Salah satu elemen kos paling tinggi dalam acara sambutan sesuatu hari perayaan ialah majlis "Pelancaran" dan "Penutup" perayaan tersebut. Konsisten dengan langkah berjimat cermat yang disyorkan oleh Kerajaan, Menteri Wilayah Persekutuan telah membuat keputuasan berani dan diluar amalan biasa dengan membatalkan kedua dua majis tersebut.

Setakat ini yang saya ketahui, Ku Nan telah mendahului Kementerian-Kementerian lain dalam langkah penjimatan yang drastik ini dimana penjimatan yang ketara dapat diperolehi iaitu dari RM5-6 juta seperti mana biasa nya kepada RM1.3 juta sahaja. Saya percaya Rakyat Malaysia akan menyanjung tinggi usaha yang dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan.

Antara langkah penjimatan lain yang menyumbang kepada penjimatan ketara ini ialah pembatalan Pertandingan Golf DiRaja. Pembatalan ini telah mendapat restu Tuanku YDP Agung yang sentiasa sensitif dengan masalah rakyat dan isu pembaziran dalam kerajaan.