Friday 7 February 2014

Kedai Harga Patut untuk elak penipuan dan tingkat kualiti

Lokasi : Sekitar Medan Tuanku, Kuala Lumpur

Acara : Lawatan ke Kedai Harga Patut oleh Menteri Wilayah Persekutuan

Tarikh : 6/2/2014

Kerajaan Kenal Pasti Lebih Banyak Kedai Harga Patut 

 

KUALA LUMPUR, 6 Feb -  Kerajaan akan mengenal pasti lebih banyak premis perniagaan di sekitar ibu negara yang menjual barang keperluan pada harga berpatutan untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut bagi membantu rakyat membuat pilihan semasa berbelanja.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu yang akan dilaksanakan secara berterusan akan membolehkan rakyat berjimat semasa berbelanja sekali gus menangani kos sara hidup.
“Tugas kita adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat dan membantu mereka mengenal pasti kedai yang menawarkan harga berpatutan dan menggalakkan mereka berbelanja di situ,” katanya  selepas melawat beberapa premis perniagaan makanan di Jalan Medan Tuanku, di sini, Khamis.
Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, pemantauan akan dilakukan setiap hari ke premis-premis perniagaan runcit dan makanan sekitar ibu negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya, penilaian dilakukan berdasarkan dua kriteria utama iaitu mempamerkan tanda harga yang jelas dan menetapkan harga yang munasabah dan bertepatan dengan kualiti barang dan perkhidmatan yang ditawarkan.
“Selain itu premis perniagaan tersebut akan dinilai oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) bagi menentukan tahap kebersihan sebelum melayakkan mereka menerima pengiktirafan (Kedai Harga Patut) itu,” katanya.
Tengku Adnan berkata, kementeriannya kini dalam perancangan untuk memperkenalkan aplikasi telefon pintar yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat seperti lokasi kedai-kedai yang menawarkan harga berpatutan.
Katanya, aplikasi itu yang sedang dibangunkan juga akan membolehkan orang ramai berinteraksi sesama mereka dan berkongsi maklumat mengenai tempat-tempat yang sesuai untuk berbelanja.
“Konsep ini telah dilaksanakan di Taiwan dan jika kita tengok di sana harga barang tidak naik kerana pengguna berinteraksi sesama mereka mengenai kedai dan lokasi yang menawarkan harga berpatutan sekali gus memberi tekanan kepada peniaga,” katanya.
Pada lawatan itu, sebanyak enam premis perniagaan makanan yang menawarkan harga berpatutan menerima papan tanda Kedai Harga Patut dan ada antara mereka tidak menaikkan harga sejak empat tahun lepas.
(Sumber : UMNO Online)



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12  Bekas staff PWTC kini menjadi usahawan
 13
 14
 15
 16
17 
 18
 19
 20
 21
22


No comments:

Post a Comment