Google+ Followers

Monday, 24 March 2014

N25 Kajang - Sekitar pengumuman keputusan PRK

Lokasi : Kompleks Sukan MPK, Bangi, Selangor

Acara : Pengumuman keputusan PRK N25 Kajang

Tarikh : 23/3/2014




KAJANG, 23 Mac (Bernama) -- PKR mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini, namun dengan majoriti undi berkurangan.

Calonnya yang juga presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62, menang dengan majoriti 5,379 undi, hasil 16,741 undi yang diperoleh berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun, 50, yang mendapat 11,362 undi.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Lee Chin Cheh daripada PKR menang kerusi DUN itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman di pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi di sini.

Katanya daripada 28,314 pemilih berdaftar yang keluar mengundi, 176 kertas undi diisytiharkan rosak.

Undi yang diperoleh Dr Wan Azizah berkurangan 2,830 atau 14.4 peratus daripada jumlah undi yang diraih Lee pada PRU13 iaitu sebanyak 19,571 undi.

Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini juga berkurangan 5,976 atau 17.4 peratus daripada 34,290 pada PRU13.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas Lee meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas, bagi memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Namun, Anwar terpaksa digantikan oleh Dr Wan Azizah selepas tidak layak bertanding susulan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

-- BERNAMA


Terselamat lah wang pertaruhan calun BN apabila Kak Wan gagal mengotakan janji Kit Siang dan Anwar 

1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
9
 10


11
 12
 13
14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26  Speaker DUN Selangor, Hanna Yeoh menerangkan mengenai proses angkat sumpah
Kak Wan selepas ini.
 27