Google+ Followers

Saturday, 1 March 2014

One Night Only With JATT , terbaik

Lokasi : Heritage Club, The Royale Chulan, Kuala Lumpur

Acara : One Night Only With JATT

Tarikh : 28/2/2014 @ 9.30 pm


Peluang bernostalgia dengan Jatt, bekas penyanyi utama kumpulan Black Dog Bone, satu nama yang mendominsi persada seni tanahair sekitar pertengahan tahun 80an dahulu, tidak saya lepaskan malam ini. Terima kasih kepada Asmawan Mandari, Pengurus Rock On LIve Studio Sdn Bhd kerana membuat cabutan bertuah bagi tiket saya ke persembahan malam ini.

Satu ketika dahulu saya boleh bertahan berdiri dalam suasana hingar bingar studio, konsert dan pelbagai persembahan pentas hiburan berjam jam pada satu-satu masa tanpa rasa jemu dan hilang fokus. Malam ini setelah sekian lamanya saya tidak dapat menghayati sepenuhnya suasana yang pernah menjadi sumber pendapatan saya.

Enam lagu sahaja yang saya dapat bertahan, bau asap rokok, curut dan minuman keras membuat saya berpeluh dalam persekitaran berhawa dingin.. 

Kepada JATT ini koleksi yang terakam oleh saya sebagai tanda penghargaan kepada persembahan yang terbaik dan paling nostalgia bagi saya.. 

1
  2
 3
  4
 5
 6
 7
 8
 9
10


11
 12
 13
 14
 15
 16
  17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27