Sunday 30 March 2014

Peristiwa Memali: ‘Pendedahan’ Musa tidak kukuh

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Hi-tea Alumni UUM bersama Tun Dr Mahathir - 30 tahun Tun bersama UUM

Tarikh : 29/3/2014


Peristiwa Memali: ‘Pendedahan’ Musa tidak kukuh

KUALA LUMPUR, 29 Mac:
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau perlu menyemak semula berkenaan kenyataan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam pada satu forum politik di Kota Bharu baru-baru ini.
Musa, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, pada forum tersebut mengimbau kembali kejadian yang berlaku pada 29 tahun lepas dengan membongkar maklumat yang berbeza seperti yang dilaporkan oleh media pada masa itu.
Musa mendedahkan bahawa Mahathir pada ketika itu sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa dan juga dua-tiga hari selepas kejadian Memali.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Mahathir berada di China pada ketika itu.
Mahathir, ketika ditemui pemberita di Hotel Istana hari ini berkata perkara itu sudah lama berlalu dan beliau perlu menyemak semula sebelum untuk memastikan adakah kata-kata Musa mempunyai kebenaran.
Lawatan ke China pada tahun 1985 itu melibatkan 250 delegasi yang diketuai oleh Mahathir selepas negara menjalinkan hubungan diplomatik dengan China pada tahun sebelumnya.
Cerita selanjutnya di SINI




1 comment:

  1. Musa Hitam memang tidak boleh dipercayai dan musuh dalam lipatan . Memang sifat semulajadi beliau. Hanya mementingkan diri sendiri.

    ReplyDelete