Google+ Followers

Sunday, 30 March 2014

Wawasan 2020 mungkin tidak tercapai - Tun Dr Mahathir

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Hi-tea Alumni UUM bersama Tun Dr Mahathir - 30 tahun Tun bersama UUM

Tarikh : 29/3/2014


Kerajaan harus kembali kepada asas menjadikan Malaysia sebuah negara maju jika serius ingin  mencapai Wawasan 2020. Fokus kerajaan dilihat hanya dalam meningkatkan pendapatan per kapita rakyat tanpa usaha jitu untuk mencapai tahap negara maju. 

Antara tumpuan untuk mencapai tahap negara maju adalah :-

  • kemajuan dalam industri pembuatan 
  • penguasaan ilmu dan teknoloji
  • peningkatan dalam keupayaan mencipta dan innovasi
  • pencapaian pentadbiran yang cekap
  • pencapaian tahap pendidikan yang tinggi
Hanya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat seperti Brunei dan Arab Saudi yang kaya dengan minyak,  tidak akan menjadikan Malaysia negara maju dibawah Wawasan 2020. Tun Dr Mahathir khuatir Wawasan 2020 mungkin tidak akan tercapai.