Google+ Followers

Thursday, 5 June 2014

Wajarkah diteruskan soalan bila Tun Dr M akui tidak mengetahui isu ?

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014


Soalan yang diajukan berbunyi macam biasa lah, untuk memperkecilkan JAIS dalam hal penguatkuasaan perundangan Islam. Saya berada dilokasi semasa pegawai JAIS singgah di majlis kenduri pengantin Hindu di Jalan SS1/25 Kg Tunku pada hari Sabtu yang lalu. Saya menyaksikan sendiri pengantin perempuan diiring ke pejabat JAIS di Shah Alam untuk mendapatkan keterangan. Tiada sebarang kejadian atau pertelagahan yang berlaku. Malah keluarga pengantin memang sudah menjangka kehadiran pegawai JAIS ke majlis mereka.  

Kejadian seperti yang berlaku di Kg Tunku sudah pasti menarik perhatian pihak yang berwajib kerana pengantin yang terlibat masih menggunakan nama yang biasa digunakan orang Islam. Sewajarnya mereka melakukan rutin penyiasatan untuk mendapat kepastian. Pengantin pula memang dari awal mengetahui masalah yang akan timbul jika beliau meneruskan perkahwinan dengan status sebagai penganut Islam. Menjadi tanggungjawab beliau dan keluarga beliau serta semua mereka yang terlibat termasuk keluarga mertua untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan. Mereka nampak gayanya hanya mencuba nasib dan menguji sistem penguatkuasaan perundangan Islam dinegara ini.

Persoalan yang saya timbulkan,.. wajarkah soalan terus diajukan kepada Tun Dr Mahathir sedangkan beliau sudah akui bahawa beliau tidak mengetahui isu yang berbangkit ?. Untuk tidak mengecewakan wartawan, jawapan Tun lebih kepada situasi am dan tidak fokus kepada isu yang cuba dibangkitkan oleh penyoal. Ikuti rakaman berikut.