Google+ Followers

Friday, 20 June 2014

Yayasan WP akan lawan injunksi Damai Kiaramas

Lokasi : Avenue-K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Avenue-K

Tarikh : 18/6/2014



Ini jawapan Tengku Adnan:

1. Damai Kiaramas Sdn Bhd rakan usahasama (JV) bersama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk memajukan sebidang tanah di Bukit Kiara

2. Tengku Adnan adalah Pengerusi YWP 

3. Damai Kiaramas gagal memenuhi (pra)-syarat JV, oleh itu YWP memilih untuk meneruskan pembangunan hartanah tersebut dengan rakan usahasama yang lain.

4. YWP akan melawan injunksi yang diperolehi oleh Damai Kiaramas.





Ini laporan oleh Malaysiakini

Firma ahli Umno dapat injunksi terhadap Ku Nan


Sekumpulan usahawan Bumiputera hari ini memperolehi injunksi terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor serta dua yang lain, daripada terlibat dalam usahasama dalam urusan tanah seluas lima hektar di Bukit Kiara.

Minggu lepas, Damai Kiaramas Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli Umno, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Tengku Adnan, yang juga dikenali sebagai Ku Nan, kerana didakwa melanggar kontrak.

Syarikat itu mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk membangunkan tanah itu, termasuk mendapatkan persetujuan mereka yang tinggal di rumah panjang di situ sejak 32 tahun untuk ditempatkan dalam projek pembangunan bercampur di atas tanah tersebut.

Bagaimanapun, ia mendakwa, Tengku Adnan lebih gemar projek itu diberikan kepada sebuah syarikat yang dimiliki kumpulan Pavilion.

Injunksi hari ini dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Kamaluddin Md Said.