Google+ Followers

Friday, 4 July 2014

DBKL lantik penasihat rumah ibadat bukan Islam

Lokasi : Bilik mesyuarat tingkat 6, Menara 1 DBKL, Kuala Lumpur

Acara : Majlis perlantikan Badan Penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam

Tarikh : 3/7/2014


Majlis Perlantikan Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat Rumah Ibadat BUkan Islam (RIBI) Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2014 - Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini mengadakan Majlis Perlantikan Jawatankuasa Badan Penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Wilayah Persekutuan. Majlis perlantikan ini disempurnakan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor

2. Penyediaan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) seperti Tokong, Kuil, Gereja, Gurdawara dan sebagainya adalah termaktub di dalam Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Ianya juga tertakluk kepada dasar-dasar pembangunan yang berkuatkuasa di suatu negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi maksud menyediakan kemudahan beribadat kepada penganut bukan beragama Islam termasuk menjalankan upacara dan aktiviti keagamaan, istiadat, penyembahan dan sebagainya.

3. Cadangan penubuhan Jawatankuasa Penasihat RIBI ini telah diketengahkan pada tahun 2013 oleh  KWP bagi mewujudkan satu Badan Penasihat yang tyerdiridaripada pelbagai organisasi dan NGO bukan Islam yang bertindak menasihati Kerajaan dalam menangani masalah RIBI di Wilayah Persekutuan. Objektif utama Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Wilayah Persekutuan diwujudkan  untuk memastikan perlaksanaan merancang, mengawal dan memantau pembangunan rumah-rumah ibadat bukan Islam serta kemudahan-kemudahan yang berkaitan denganya dibangunkan selaras dengan perancangan bandar oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mematuhi syarat-syarat yang sedia ada. NGO yang terlibat dalam jawatankuasa ini perlu berdaftar dan mewakili penganut masing-masing.


4. Melalui perlantikan ini, diharap pelbagai isu dan masalah yang wujud berkaitan dengan isu-isu keagamaan dan rumah ibadat bukan Islam di Wilayah Persekutuan dapat diselesaikan secara baik dan berkesan bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Negara ini sentiasa terpelihara.

Disediakan oleh
Bahagian Komunikasi Korporat KWP





JUSTIFIKASI PENUBUHAN JAWATANKUASA

Jawatankuasa ini perlu diwujudkan bagi memudahkan pihak Kerajaan berurusan dengan pengurusan Rumah Ibadat Bukan Islam yang terlibat dengan pemajuan Kerajaan dan memerlukan penyelesian bagi menempatkan semula RIBI berkenaan. Dengan adanya Jawatankuasa ini, wakil NGO daripada pelbagai agama dan kepercayaan dapat membantu dengan memberikan pandangan serta nasihat berhubung masalah yang dihadapi oleh RIBI berkenaan kepada perhaian Jawatankuasa . Pendekatan farmoni melalui program 'engagement' juga dapat diadakan dari semasa ke semasa supaya isu tersebut dapat diselesaikan dengan berkesan.

Selain itu juga, melalui 'engagement' yang dibuat di antara pihak Kerajaan dan juga RIBI yang terlibat, sebarang perselisihan dan perkara yang tidak diingini sekiranya isu isu yang menyentuh sensitiviti agama dapat dielakkan dan persefahaman di antara semua pihak dapat dipupuk.

Objektif Penubuhan Jawatankuasa adalah seperti berikut:-
  • supaya isu dan masalah RIBI di Wilayah Persekutuan dapat diselesaikan dengan segera secara lebih efektif dan tersusun.
  • supaya dapat diwujudkan satu entiti yang dapat berperanan sebagai Badan Penasihat kepada Kerajaan dalam melaksanakan sebarang tindakan berkaitan dengan RIBI.
  • meningkatkan pemahaman dan kerjasama di antara Kerajaan sebagai pihak Berkuasa dan masyarakat yang mengamalkan pelbagai kepercayaan dan agama.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14