Google+ Followers

Thursday, 10 July 2014

Kenapa perlu DBKL buat kerja bertindih ?

Lokasi : Belakang pasaraya Mydin, Pudu, Kuala Lumpur

Acara : Perdana Menteri melakukan tinjauan keatas gelandangan sekitar kawasan Kotaraya / Mydin

Tarikh : 9/7/2014


Kenapa perlu DBKL lakukan kerja bertindih dengan mengadakan rumah perlindungan mereka sendiri? Kenapa tidak DBKL lakukan saja kerja penguatkuasaan disamping memberi bantuan dan sokongan kepada KPWKM yang memang dipertanggungjawabkan dalam urusan kerja sosial. Dengan demikian kecekapan KPWKM dapat dipertingkatkan. Peruntukan kewangan dan prasarana sudah pun KPWKM perolehi bagi kerja-kerja sosial ini. Tidak perlulah DBKL membelanjakan wang untuk mengadakan prasarana gelandangan mereka sendiri.