Friday 22 August 2014

DBKL sedia prasarana untuk ucap takziah MH17

Lokasi : Laluan bertutup pejalan kaki Berhadapan Menara DBKL





Update

Salam Hormat,

Tuan/Puan

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Adalah dimaklumkan sempena Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 akan diadakan Tafakur selama 1 minit serentak di seluruh Negara pada 22 Ogos 2014 (Jumaat) di antara jam 10.45 pagi hingga 11.15 pagi. Pada masa bertafakur, orang ramai dan kenderaan hendaklah berhenti selama 1 minitBagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lokasi yang telah ditetapkan adalah di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur.  

3.         Untuk makluman, pengumuman bertafakur akan diumumkan secara langsung oleh stesen radio dan televisyen tempatan. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput pihak media untuk membuat hebahan dan liputan di lokasi tersebut.

4.         Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan tersebut, boleh hubungi saya Norhazlinawati Binti Mat di talian03 – 2691 2500 / 013 – 2411 337.


Sekian, terima kasih.



'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,


               t.t

NORHAZLINAWATI BINTI MAT
Pegawai Perhubungan Awam Negeri
Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2691 2500 samb. 115

Faks : 03 - 2691 3320



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7


No comments:

Post a Comment