Tuesday 19 August 2014

Staf DBKL ditawar beli rumah Cheras & Abdullah Hj Hukum

Lokasi : Dewan Megapuri, Menara DBKL, KL

Acara : Majlis penyampaian surat tawaran beli rumah Cheras dan Abdullah Haji hukum kepada
kaitangan DBKL

Tarikh : 15/8/2014


DBKL Tawar Rumah Kos Sederhana Kepada Kakitangannya
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 121 warga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menerima surat tawaran pembelian rumah kos sederhana bernilai RM140,000 seunit.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata penyerahan surat tawaran itu diberikan khas kepada petugas DBKL Gred E26 dan ke bawah dengan keutamaan mereka yang mendiami kawasan setinggan, menumpang dan menyewa rumah di Kuala Lumpur.


"Sebelum ini saya menyangkakan pegawai kakitangan DBKL ini kebanyakannya telah mempunyai rumah sendiri kerana rasanya mereka lebih maklum tentang pembangunan rumah-rumah di Kuala Lumpur dan sepatutnya lebih mudah untuk membeli rumah sendiri.


"Namun seramai 4,041 orang daripada keseluruhan 10,000 kakitangan DBKL masih belum mempunyai rumah...oleh itu, saya telah meminta DBKL untuk melihat peluang-peluang menjual rumah kepada kakitangannya sendiri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pembelian Rumah Kos Sederhana DBKL, di sini hari ini.


Beliau berkata, sebanyak 144 unit rumah ditawarkan di Cheras manakala sembilan unit rumah jenis sama ditawarkan di Kampung Haji Abdullah Hukum dengan harga jualan ditetapkan RM140,000 untuk yang bersaiz 750 kaki persegi dan RM155,000 untuk rumah bersaiz 770 kaki persegi.


Tengku Adnan berkata, pembeli rumah di Cheras boleh berpindah ke rumah baharu dalam tempoh tiga bulan lagi manakala di Kampung Haji Abdullah Hukum pula dalam tempoh sebulan lagi.


Selain dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, setiap unit rumah tersebut turut dilengkapi dengan kabinet dapur, lampu dan sebuah pendingin hawa yang keseluruhannya bernilai RM9,000.


"Diharap dengan pemasangan peralatan tersebut, kakitangan yang membeli akan dapat terus memasuki rumah tanpa perlu bersusah payah menanggung kos untuk penyediaan pemasangan ini," katanya.


Menurut Tengku Adnan, tawaran pembelian rumah kos sederhana itu merupakan program pertama penjualan rumah kepada kakitangan DBKL dan katanya terdapat 32 unit lagi akan ditawarkan kemudian.


"4,041 kakitangan DBKL juga patut diberi keutamaan dan pihak kami akan laksanakan program pembelian rumah ini sehingga kesemua mereka mampu memiliki rumah sendiri," katanya.


Sementara itu, Tengku Adnan turut mencadangkan kerajaan untuk memberi elaun bandar sebanyak RM500 kepada pekerja DBKL yang berpendapatan RM2,500 ke bawah.


"Saya harap mereka ini dapat dibantu sebaik mungkin kerana gaji paras RM3,000 ke bawah adalah paras kemiskinan bagi yang tinggal di bandar besar," katanya.


-- BERNAMA
Rayuan untuk diskaun oleh wakil staf DBKL




1
 2
  3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
 11
 12
 13


No comments:

Post a Comment