Tuesday 16 September 2014

PRK N.01 - Majoriti peladang keturunan Siam bersama BN

Lokasi : Kg Jubakar, Tumpat, Kelantan

Acara : Program Sayang Tani

Tarikh : 15/9/2014


Kerajaan sasar tingkat pengeluaran sayur di Pengkalan Kubor - Ismail Sabri

TUMPAT - Kerajaan berhasrat membangunkan lebih banyak kawasan pertanian di daerah ini khususnya di Pengkalan Kubor bagi meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan dari negeri ini.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini daerah Tumpat menyumbang 24 peratus pengeluaran sayur dan buah-buahan di Kelantan dengan Pengkalan Kubor sahaja menyumbang sekitar enam peratus.
"Sebab itu kita mahu beri tumpuan terhadap penanaman sayur terutama di Pengkalan Kubor ini kerana ada potensi untuk menyumbang lebih banyak sayur-sayuran,” katanya ketika berucap pada majlis pemberian insentif 'Program Sayang Tani’, di Kampung Jubakar, Pengkalan Kubor, di sini hari ini.
Katanya, hasrat kerajaan itu bagaimanapun agak sukar untuk dilaksanakan kerana ia akan membabitkan pengambilan tanah yang memerlukan persetujuan daripada kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS.
Oleh sebab itu katanya, kementeriannya akan memfokuskan kepada tanah-tanah milik individu atau tanah terbiar untuk dibangunkan sebagai tanah pertanian yang sekali gus akan menguntungkan individu terbabit. 

- Bernama





1  Patung tikus sebagai azimat 
 2  Tanaman kacang bendi
 3
 4
 5  Peserta rata-rata berketurunan Siam
  6
 7
 8  Wakil peladang
 9
10  Calon BN, Hj Mat Razi Mat Ali

11
 12
 13
14  Bantuan peralatan perladangan
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
22
 23



No comments:

Post a Comment