Friday 31 October 2014

Peniaga Pudu dapat pusat perniagaan moden baru

Lokasi : Tapak projek bersebelahan Pudu Plaza, Jalan Pudu, Kuala Lumpur

Acara : Majlis pecah tanah Kompleks Perniagaan Bersepadu

Tarikh : 29/10/2014


KUALA LUMPUR: Kompleks Perniagaan Bersepadu (ICC) bernilai RM57 juta yang berkeluasan 1.012 hektar berhampiran Plaza Pudu, bakal menjadi penanda aras untuk semua pembangunan pasar awam pada masa depan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pembinaan ICC itu melibatkan pemindahan 257 penjaja di Pasar Bukit Bintang untuk beroperasi di kompleks berkenaan.

"Ia bertujuan meningkatkan peluang perniagaan peniaga kecil di Kuala Lumpur, melibatkan Fasa 1 dan 2 yang dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2016," katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah projek Pembangunan Kompleks Perniagaan Bersepadu (ICC) di sini hari ini.

Beliau berkata, projek ini juga akan menyediakan sebuah pasar makanan segar 'alaf baru' yang dilengkapi kemudahan lengkap, bersih dan selesa di samping memupuk perkongsian aktiviti kemasyarakatan.

Katanya, projek ini akan dibiayai bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).




1
 2
 3
 4



Teguran sinis kepada YB-YB Pakatan dari pemandu teksi

Lokasi :Perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya

Acara : Rayuan akhir Kes Liwat II - Himpunan penyokong Anwar Ibrahim

Tarikh : 30/10/2014


Pemandu teksi Saw Hock Hin seperti biasa akan berpantun dan berpuisi dimana saja tempat yang memberi ruang kepada beliau. Bakat semula jadi yang jarang dimiliki oleh orang Melayu sendiri. Pertama kali saya terserempak dengan beliau ketika PRK Sg Pinang, Negeri Sembilan. 


1
 2



Anwar rasa penghujahan peguambela kuat dan beliau yakin akan bebas

Lokasi : Mahkamah Persekutuan, Putrajaya

Acara : Rayuan akhir Kes Liwat II

Tarikh : 30/10/2014


PUTRAJAYA: Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masuk hari ketiga hari ini.

Peguambela Anwar, Ramkarpal Singh menyambung sesi penghujahannya semalam pada sebelah pagi, sebelum diteruskan sesi hujah balas daripada pihak pendakwa yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dijangka diadakan di sebelah petang nanti.

Pihak pendakwa dijangka  akan membentangkan hujah bukan saintifik manakala pada pagi hari Jumaat, Muhammad Shafee memerlukan dua jam untuk menyampaikan hujah saintifik berkenaan sampel DNA tersebut.



1  Pak Din sudah kembali bertugas dengan keluarga Anwar sejak tiga bulan yang lalu setelah di minta oleh Anwar.  Pak Din sebenarnya telah memulakan perniagaan mini market di Pinggiran Bukit Jalil. Beliau tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat perjalanan Anwar hingga ke penghujung setelah berkhidmat lebih 15 tahun
 2  Cucu-cucu Anwar ...anak Nurul Hana
 3  Gopal Seri Ram, bekas Hakim Persekutuan yang kini mewakili Anwar
 4 
 5 "Mereka begitu hebat dalam penghujahan. Saya percaya selepas ini tiada lagi sebab atau hujah yang munasabah untuk mensabitkan saya dengan pendakwaan ini, apatah lagi ada usaha untuk menambah pula hukuman yang sedia ada,"
 6
 7
 8
 9
 10
 11  Ram Singh mewakili Anwar Ibrahim
 12
 13
 14
 15
16
 17  Anak lelaki Anwar, Mohd Ihsan

Putrajaya – Anak lelaki Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Ihsan berkata, beliau sekeluarga bersikap optimis selepas prosiding rayuan terakhir kes liwat ketua pembangkang kini masuk hari ketiga.
Berusia 27, Mohd Ihsan berkata, selagi mahkamah belum memutuskan  sama ada bapanya dibebas atau dipenjarakan, perjuangan menuntut keadilan perlu diteruskan.
“Kita optimistik dan perjuangan harus diteruskan.
“Saya rasa kita harus positif,” katanya selepas berakhirnya prosiding hari ketiga rayuan terakhir kes liwat bapanya.
Ihsan yang menetap Amerika Syarikat (AS), pulang dari  bersama isterinya dan adik perempuannya, Nurul Hana, kembali ke tanah air untuk memberikan sokongan kepada bapa mereka dan mereka meletakkan pandangan yang positif terhadap kes ini. Mereka juga amat kesal apabila pihak pendakwaan kini dilihat cuba merendah-rendahkan hujah dan bukti yang dikemukakan. Artikel penuh di SINI
18
19



Penyokong jimat bajet untuk hari keputusan rayuan kes Liwat II

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya

Acara : Rayuan akhir Kes Liwat II

Tarikh : 30/10/2014


Hari ketiga lengang , tiada kelibat kumpulan penyokong kaum India yang buat kacau pada hari pertama dan kedua dan tiada juga kelibat pembantu Tian Chua, Rozan Azen bersama kumpulan AMK . Liputan saya bermula dari jam 10.30 am dan ketika sampai jumlah penyokong tak sampai pun 100 orang.. boleh menyamai jumlah wakil media dan anggota Polis yang bertugas., 

Begitu juga penyokong Saiful, sunyi sepi sebelah pagi. Sekumpulan lebih kurang 30 orang anak muda hanya muncul pada sebelah tengah hari selepas waktu makan.

Tiada peruntukan untuk sambung sokongan selepas dua hari asal yang dijadualkan mungkin menjadi penyebab kurang nya kehadiran penyokong di kedua dua belah pihak. 

1
 2
 3  Zuraidah Kamaruddin bersantai bersama wanita PKR. Saya difahamkan mereka baru saja menunaikan solat dhuha dan hajat dilokasi terbuka yang mereka duduki.
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10


Thursday 30 October 2014

Arahan tak jelas, petugas bercelaru dan huru hara

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya
 
Acara : Himpunan penyokong karektor dalam rayuan Kes Liwat II - Anwar / Saiful
 
Tarikh : 28/10/2014
 
 
 Arahan tak sampai kebawah dengan jelas nampak gayanya. Ini lah antara sebab keadaan huu hara dan ada kala diluar kawalan. Saksikan dialog awal video ini diantara Rozen Azen, pembantu Tian Chua dan Jonah AMK...
 

 
1 L-R  .. Rozan & Jonah
 

Berebut duit bas punca pergaduhan dan rasa tak puas hati

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya
 
Acara : Himpunan penyokong karektor dalam rayuan Kes Liwat II - Anwar / Saiful
 
Tarikh : 28/10/2014


Kumpulan penyokong berketurunan India yang selalu kelihatan mengikuti dan mengiringi Anwar Ibrahim dalam program-program terutamanya di Selangor. Mungkin mereka telah dipinggirkan kali ini dan ingin mencuri perhatian untuk mendapat "job" menyediakan penyokong . "Duit bas" menjadi isu utama, bergaduh dengan AMK mungkin hanya wayang untuk tarik perhatian. Sanggup mereka mati dalam parti kalau dapat 'duit bas'. Anwar Ibrahim patut beri perhatian kepada kesetiaan mereka.... :)
 

 
1  Ini perbuatan untuk tarik perhatian penganjur
 2  Samy Kelana Jaya
 

Wednesday 29 October 2014

Penyokong PKR hampir bertempur sesama mereka

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya
 
Acara : Himpunan penyokong karektor dalam rayuan Kes Liwat II - Anwar / Saiful
 
Tarikh : 28/10/2014
 
 
Video 1 - Pergaduhan diantara budak-budak AMK dengan sekumpulan penyokong dan ahli PKR yang membakar T-shirt yang tertera gambar Saiful Bukhari. Keadaan hampir-hampir melibatkan petugas media apabila berlaku sedikit tolak menolak dari belakang. Siapa yang sebenarnya ditugaskan mengawal ? Rata-rata yang hadir tidak tahu siapa yang diberi tugasan tersebut. PKR kena lah tubuh unit kawalan seperti Unit AMAL PAS supaya mudah penyokong dan mereka yang hadir di sesuatu himpunan untuk mendengar dan menerima arahan.
 
 



Video 2 - Nik Nazmi cuba menenangkan penyokong dan budak-budak AMK. Agak jelas Ketua AMK ini bukan jenis perusuh jalanan dan lebih cenderung mengikut arahan Polis untuk berhimpun secara aman. Dalam situasi kecoh dan huru-hara saya kurang yakin Nik Nazmi dapat mengawal situasi.
 

 
 

Penyokong Anwar lakukan provokasi depan mahkamah

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya
 
Acara : Himpunan penyokong karektor dalam rayuan Kes Liwat II - Anwar / Saiful
 
Tarikh : 28/10/2014



Jumlah penyokong Anwar memang melebihi jumlah yang turun menyokong mangsa liwat tetapi sebahagian mereka memang turun dengan cara berdemo jalanan dengan melakukan provokasi walaupun dalam kelompok mereka sendiri. Mungkin ini cara mereka untuk menarik perhatian wakil media yang hadir memang membuat liputan. Pihak Polis yang berkawal hanya memerhati gelagat mereka.

 
 Video 1 - Tian Chua jangkakan keputusan lewat
 


Video 2 - Penyokong Anwar melakukan provokasi dengan membakar T-shirt yang tertera wajah Saiful


 
1  Bersama temana-teman wakil media... anak dara yang mulut macam Angelina Jolie tu si Zuzu Malaysiakini... hehe
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10