Google+ Followers

Friday, 24 October 2014

Anwar boleh lari keluar negara bila bila saja jika mahu

Lokasi : Batu 3 Jalan Tapah/Bidor, Perak

Acara : Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 23/10/2014



Saya masih tertanya tanya mengapa majlis Anwar yang di panggil Himpunan Solidariti ini tidak diadakan dalam skala yang lebih besar untuk memberi sokongan kepada Anwar yang berhadapan risiko dipenjarakan sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 28/10/2014 ini tidak memihak kepada beliau. Saya rasakan seolah olah program ini diadakan sebagai buat syarat saja.

Kelmarin acara dibuat di lubuk Anwar, kehadiran orang ramai tidak sampai 1,000 orang. Malam tadi majlis dibuat di sebuah kampong diantara pekan Tapah dan Bidor. Kehadiran orang ramai tak sampai 200 orang walaupun cuaca bagus dan tidak hujan.

Apa yang kekurangan dalam gerakan Anwar kali ini ? Malam tadi anggota Unit Amal sekitar 10 orang bertugas menjaga kenderaan yang keluar masuk lokasi ceramah.  Bendera pun tak banyak dipasang dan petugas PKR / AMK pun tidak kelihatan.

Yang jelas penganjur memang mensasarkan kehadiran sekitar 300 berdasarkan saiz khemah dan jumlah kerusi yang disediakan. Jelas ini bukan taraf "HIMPUNAN" untuk menarik seramai mungkin penyokong. Hari Sabtu ini himpunan yang serupa akan diadakan di satu lagi lokasi kecil, Bandar Maran, Pahang. Apakah strategi Anwar ? Atau ini adalah manifestasi masalah dalaman parti dan Pakatan Rakyat yang sedang membelengu beliau disaat saat getir ini. ?


  Catatan klip ucapan :

1. Anwar minta berucap awal kerana ada tamu sedang menanti dirumah
2. Rakan-rakan Anwar diluar negara merayu beliau tinggalkan negara  dan bantu mereka sebagai media liaison
3. Beliau tahu sangat trick Erdogan yang akan paksa beliau tinggal di Turkey
4. Manusia berumur 67 tahun tidak sanggup dipenjarakan
5. Dulu masuk penjara anak bungsu masuk darjah satu, kini nak masuk penjara sekali lagi cucu (anak Izzah) pula masuk darjah satu 

Sila tonton video sepanjang 7.56 ini... ucapan sebenar sepanjang 27 min..


 1  Sam dengan huraian kes liwat melibatkan 'paip eksos'  si Saipul
 2 Muhammad Nur Manuty pula bercerita mengenai hubungan ABIM dengan UMNO ketika memikat Anwar menjadi ahli UMNO dengan syarat antara lain pembinaan UIA dan Bank Islam...
 3
 4
 6
7  Jumlah hadirin ketika Anwar berucap sekitar 150 - 200 orang. Cuaca bagus dan sejuk..
 8
 9
10 
11 
 12
 13
 14
 15