Google+ Followers

Wednesday, 22 October 2014

Anwar yakin tak masuk penjara tidak lari kemana

Lokasi : Little India, Kelang, Selangor

Acara : Anwar Ibrahim bersama masyarakat India menjelang Deepavali

Tarikh : 21/10/2014



Petang tadi Anwar Ibrahim memulakan siri program Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim Anwar dengan masyarakat India yang menyambut Deepavali di sekitar Little India, Kelang. Anwar tiba dilokasi pada jam 4.36 ptg ketika hujan lebat sudah mulai turun. Beliau disambut oleh kira-kira 50 orang ahli dan pemimpin PKR Selangor. Antara yang kelihatan ialah Azmizam, Francis Xavier, Manivanan Gowin dan Sivarasa. Ronnie Liew  bekas EXCO Selangor (DAP) juga turut hadir.

Wakil media kebanyakan nya hanya mengikuti persinggahan Anwar di tiga kedai pertama dan selepas sidang media membawa haluan masing-masing memandangkan hujan lebat dan sukar membuat liputan tanpa membahayakan kelangkapan. Saya difahamkan Anwar masih berlegar disekitar Little India sehingga jam 6.00 ptg.


Anwar memperlihatkan keyakinan bahawa beliau tidak akan dipenjarakan dalam kes liwat Saiful Bukhari tanpa perlu melarikan diri keluar negara sebagaimana yang telah digembar gemburkan.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
17
 18
 19
20