Sunday 12 October 2014

Kerajaan didesak pecat Saifuddin Abdullah sebagai CEO GMM


Entri awal 

1. Gerakan Liberalisme cuba menyelinap masuk diberi tentangan




File pic..


KENYATAAN MEDIA

Saya mengucapkan tahniah dan memberi sokongan penuh kepada YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah membuat kenyataan bahawa KDN telah mengarahkan Jab Imigresen supaya menghalang kemasukan aktivitis sesat Ulil Abshar daripada memasuki Malaysia.

Ini adalah satu tindakan pro-aktif yang saya percaya sangat di alu-alukan oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada pihak JAKIM & JAWI yang membuat penegasan menghalang dan melarang penganjuran program 'Diskusi Meja Bulat - Tentangan Fundamentalisma Agama Abad Ini' anjuran bersama IRF & GMM yang dijadualkan 18 ini.

Tindakan tegas dan bersepadu pihak berkuasa untuk membenteras dan menghalang penyebaran fahaman dan ajaran sesat dan yang boleh merosakkan aqidah umat ini sangatlah dialu-alukan.

Diwaktu yang sama, saya mendesak pihak berkuasa juga mengambil tindakan tegas terhadap indvidu & pertubuhan yang terlibat dengan penganjuran aktiviti sesat dan menyesatkan ini tanpa mengira siapa mereka atau kedudukan mereka samada dalam kerajaan atau tidak!

Kegiatan seperti ini mesti dibendung di akar umbinya supaya terus bercambah dan merosakkan keharmonian agama.

Kita melihat ketegasan pihak berkuasa terhadap Kumpulan Al-Arqam yang dirungkai sampai ke akar umbi menyebabkan ia tidak boleh bernyawa lagi.

Fahaman sesat liberalisma agama dan pluralisma aqidah ini adalah lebih membahayakan daripada Al-Arqam kerana ianya bersifat global dan mempunyai rangkaian antarabangsa yang jika dibiarkan boleh merosakkan kesucian Islam dan keharmonian antara agama yang dikecapi selama ini.

Saya juga mendesak Kerajaan supaya mengkaji semula kedudukan Datuk Saifudin Abdullah sebagai CEO Yayasan GMM dengan tujuan memecat beliau daripada jawatan tersebut kerana aliran pemikiran, sikap dan tindak tanduk beliau sangat tidak sesuai, malahan bercanggah dengan aspirasi dan gagasan wasathiyah yang dicetuskan oleh YAB PM.

Sekian terima kasih.

Zulkifli Noordin
18 Zul-Hijjah 1435
12 Okt 2014


P.S Ramai lagi calon yang berkelayakan dan berintegriti serta berkeperibadian tidak mencurigakan. Saifuddin Abdullah is not indispensable and should be replaced immediately.


8 comments:

  1. Tak perlulah di pecat,tapi org seperti Zul Nordin dan Zaid misti berhujah dgn Sarifuddin utk menjelaskan kesesatan langkah dan tindak tanduk Sarifuddin.Jika ini sudah di lakukan bererti beliau memang suka kepada kesesatan tersebut ,kemudian barulah pihak tertentu mengambil tindakan yg sesuai.Saya bukan nak menyokong Sarifuddin,tapi ada sesuatu yg perlu di jaga yg dikhutiri akan menjadi senjata makan tuan satu hari nanti.Ada pihak yg memang sangat tertunggu kedatangan org seperti Sarifuddin,utk melonjakan mereka kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah sama macam pemimpin2 lembik UMNO. Kerana tidak tegas senang dipihak2.

      Harus tegas . Pecat tetap pecat.
      Tapi kalau Kurang Jantan pendek kata besar kepalalah si Podin itu.

      Delete
  2. pecat dia dari umno jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gantung keahlian selama 2 tahun .......

      Delete
    2. Does Ah Jib Gor got the BALLS ?
      TKK - Tan Ku Ku lah

      Delete
    3. Ah Jib Gor where got balls laaa... balls kepts in Big Mama's hand bag. Got to ask permission evrytime want to use.. Haiyaaaa u don't know arr

      Delete
  3. Orang macam Saifuddin memang tak boleh cemerlang dalam kelompok UMNO... dia lebih bersifat macam pemabankang dan kalau dapat peluang bersama pembangkang dia akan cuba menonjolkan diri dengan cuba terlebih mesra dengan mereka. Get this fucker out of GMM. Its for the PM's sake.

    ReplyDelete
  4. We are a SAMNAK SAMBODHI group that opened in Taman Ehsan move to Taman Desa Jaya, Kepong in 1992, then Temple has bought the place as it is now the place

    As such, we are a set of committee members for our SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE in Taman Desa Jaya, Kepong. Shia Kok Sun president at that time, then YIP KUM FOOK took over from Shia Kok Sun without any meeting

    Shia Kok Sun & family worked hard to develop our Samnak Sambodhi Buddhist Temple, when YIP KUM FOOK became president, then slowly problems arose because this YIP KUM FOOK was political, all ideas about politic

    At that time YIP KUM FOOK was the MCA in Taman Daya, Kepong, also this YIP KUM FOOK was playing politics at the Temple because he needed to gather more supporters for politics, sometimes he invited some politicians to join the ceremony at the Temple

    This YIP KUM FOOK pushed the monk out of the Temple and also called the police to arrest the Buddhist monk, then he closed the temple door and cheated people money and cheated Myanmar monk’s money

    He is called Datuk but we do not mention Datuk because we are ashamed of people, if we call him Datuk, this is a shame for our Sultan of Selangor because of the title from the sultan of Selangor

    We do not say more, everyone can research on the internet, if everyone would like to know more information about YIP KUM FOOK, please go to GOOGLE & YOUTUBE, also please share and forward to everyone

    By Ms Chan and Buddhist group, Taman Desa Jaya, Kepong, KL

    ReplyDelete