Google+ Followers

Saturday, 22 November 2014

Media asing agak berlembut dengan Malaysia

Lokasi : Bankers' Club, Bangunan Amoda, Jlaan Imbi, Kuala Lumpur

Acara : Forum JASA bersama Kelab Wartawan Luar Negara

Tarikh : 20/11/2014


Ini kali kedua majlis yang serupa diadakan, juga ditempat yang sama. Matlamat nya untuk membuka ruang bagi pihak kerajaan melalui JASA untuk menyampaikan maklumat yang tepat mengenai polisi kerajaan kepada media asing yang beroperasi di Malaysia. Sebagaimana format forum-forum lain, media asing yang hadir turut diberi peluang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu yang mereka ikuti di Malaysia.

Untuk majlis kali ini, Duta Austria, Andrea Wicke dan Duta Indonesia, Pak Herman turut hadir sebagai tetamu VVIP. Turut memberi sumbangan signifikan dalam sesi dialog ialah Tan Sri Musa Hassan yang menjawab persoalan berhubung Akta Hasutan dan ISA. 

Ketua Pengarah JASA, Dato' Fuad Hassan harus diberi pujian kerana mampu melakukan 'engagement' dengan media antarabangsa yang diharap dapat menempatkan Malaysia dikedudukan yang lebih 'media friendly' di kacamata media antarabangsa.

Antara isu yang ditimbulkan oleh peserta ialah tahap kemampuan Menteri berkomunikasi dengan media antarabangsa ketika berlakunya krisis. Tragedi MH370 dan MH17 menjadi rujukan.


1
 2
 3  Musa Hassan memberi penjelasan dan penerangan mengenai Akta Hasutan dan ISA
 4  Duta Austria, Andrea Wicke (bersut)
 5
 6  Fuad Hassan & Presiden FCCM, Shannon
 7  Group foto with a Leica D-Lux 6
 8
9
 10  Julia (AFP) & Fuad Hassan (KP JASA)
 11
 12
 13  Shannon (Singapore Straits Time), Julia (AFP), Fuad Hassan (JASA) and Syed Saifuddin (JASA)