Google+ Followers

Wednesday, 10 December 2014

Apps 1WPrice sebagai panduan lokasi harga murah dilancar

Lokasi : Sogo, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Pelancaran Aplikasi 1WPrice

Tarikh : 9/12/2104



Kenyataan Media

KUALA LUMPUR 9 Disember 2014 – Kementerian Wilayah Persekutuan menwujudkan satu aplikasi 1WPrice untuk komuniti Wilayah Persekutuan. Program ini dilancarkan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan pada hari ini.
 2.       1WPrice merupakan satu sistem aplikasi berasaskan “mobile app” yang boleh di akses dengan capaian internet 3G/4G dan Wifi.  Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui android play store, apple app store dan windows phone store.  Pengguna hanya perlu mendaftarkan  e-mail dan kata laluan bagi mendapatkan akses kepada aplikasi ini.  Aplikasi ini berupaya menyimpan, membandingkan dan memapar pelbagai maklumat mengenai harga barangan keperluan asas, harian dan jenis-jenis barangan lain di dalam kawasan Wilayah Persekutuan (WP) melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Pengguna boleh berkongsi maklumat harga patut dan lokasi kedai kepada semua kenalan di akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google dan Instagram.   Sistem aplikasi ini berupaya menyenaraikan harga sesuatu barangan mengikut premis perniagaan bermula dengan senarai termurah sehingga termahal berdasarkan bilangan “like” yang tertinggi sehingga terendah. Konsep yang sama digunakan oleh aplikasi “mobile app” yang lain seperti “booking.com, Agoda dan Mudah.my”
3.       Tujuan utama kewujudan aplikasi 1WPrice adalah untuk memberi pilihan kepada orang ramai dalam membuat keputusan untuk mendapatkan barangan keperluan harian.  Pengguna dapat membuat perbandingan harga berpautuan daripada peniaga-peniaga di Wilayah Persekutuan. 1WPrice juga menyediakan platform mudah alih mengikut trend masa kini di mana lebih daripada 80% rakyat Malaysia berkomunikasi melalui telefon mudah alih.
 4.       1WPrice dapat membantu rakyat dalam membuat perbandingan dan memperoleh harga patut barangan di Wilayah Persekutuan terutama di Kuala Lummpur dan Putrajaya.  Aplikasi mudah alih ini turut membantu dan memberi peluang kepada peniaga untuk mempromosikan barangan mereka serta membolehkan orang ramai memantau harga makanan  yang disediakan di restoran-restoren sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya dan melaporkannya kepada pihak Kementerian.  Pengguna juga boleh berinteraksi sesama sendiri dengan memberi dan menerima maklumat melalui aplikasi ini.
5.        Aplikasi 1WPrice oleh Kementerian Wilayah Persekutuan kepada warga Wilayah Persekutuan adalah selaras dalam menyahut  dan merealisasikan seruan Kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.  Adalah diharapkan melalui aplikasi 1WPrice, pengguna dapat berbelanja dengan lebih berhemah dan membuat perancangan perbelanjaan bulanan yang lebih  efisien serta mengawal kadar kenaikan harga yang tidak relevan oleh para peniaga.
 Disediakan oleh:
 BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR



1
 2
 3
 4
 5
 6