Thursday 25 December 2014

Rakyat & pemimpin wajib tonton jawapan kepada impak penurunan harga minyak

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur


Tarikh : 20/12/2014


Video 7 mengandungi :

Jawapan yang tepat dan mudah difahami mengenai senario harga minyak dunia yang turun mendadak. Semesti nya harga minyak turun akan menyebabkan pendapatan daripada sumbangan PETRONAS akan berkurangan dan perbelanjaan kerajaan akan terkena kesan kerana bajet yang dibuat berdasarkan harga minyak pada tahap harga melebehi USD100 sedangkan harga semasa telah merudum jatuh dibawah paras USD60. Namun rakyat pada masa singkat ini akan merasa nikmat dari pengurangan kos sara hidup dari pengurangan harga runcit minyak dipasaran.

Saya juga ingin menambah para pengeluar dan pengekspot barangan yang berasaskan komoditi tempatan akan merasa nikmat dari penurunan nilai ringgit. Nikmat ini hanya akan dapat dinikmati sekiranya input untuk pengeluaran menggunakan peratusan tempatan yang tinggi berbanding bahan input yang diimpot. Contoh nya semasa nilai ringgit bersamaan USD1 : RM3.00 mereka akan hanya mendapat kutipan hasil jualan sebanyak RM3 tetapi kini pengekspot boleh mengutip hasil jualan bersamaan RM3.40 bagi setiap USD yang di ekspot. Industri perabut berasaskan kayu getah adalah antara industri yang boleh buat duit lebih pada masa kini.   







No comments:

Post a Comment