Google+ Followers

Friday, 28 February 2014

N25 Kajang - Anwar mendekati pengundi melalui tazkirah

Lokasi : Surau Taman Jenaris, Kajang, Selangor

Acara : Solat Maghrib diikuti dengan majlis tazkirah oleh Anwar Ibrahim

Tarikh : 26/2/2014


Isu gerakan anti-hadis yang tiba-tiba dihidupkan semula oleh Kassim Ahmad menjadi salah satu topik utama dalam tazkirah selama 35 minit yang disampaikan Anwar Ibrahim. Selepas tazkirah beliau bergegas ke lapangan terbang untuk berlepas ke Jepun dan akan kembali semula ke tanahair pada hujung minggu ini.

 Mendekati pengundi melalui tazkirah merupakan kelebihan kepada Anwar Ibrahim sebagai calon yang bertanding di N25 Kajang atau dimana-mana jua sekalipun terutamanya dikawasan dimana pengundi nya ramai kaum Melayu / Islam. Apakah yang termampu dilakukan oleh calon BN?. Satu lapangan / pentas mendekati pengundi sudah terbolos dan dimenafaati sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim.

Sama-samalah kita lihat permainan politik dan teknik berkempen yang akan digunapakai oleh jentera pilihanraya BN. Ketua Penerangan BN, Ahmad Maslan sudah pun kelihatan berceramah bersama Chew Mei Fun, bakal calon BN sekitar Kajang bermula pada hari Rabu.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 9
 10
 11
12 
 13


Thursday, 27 February 2014

N25 Kajang - MOU air dibuat Khalid tanpa rujuk Anwar

Lokasi : Kediaman Cikgu Ridwan, Ketua Cabang Hulu Langat, Taman Kperasi Cuepacs, Kajang

Acara : Santai dan ramah mesra bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 26/2/2014  @ 6.00 pm


Anwar akui keputusan menandatangi MOU oleh kerajaan Selangor dengan kerajaan Pusat berhubung Langat 2 telah dibuat unilaterally oleh kerajaan Selangor tanpa merujuk kepada Pakatan Rakyat atau Anwar sendiri. 




Penyaman Hadi diluar kawalan Anwar

Lokasi : Kediaman Cikgu Ridwan, Ketua Cabang Hulu Langat, Taman Kperasi Cuepacs, Kajang

Acara : Santai dan ramah mesra bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 26/2/2014  @ 6.00 pm


Saifuddin Nasution telah diarah untuk melakukan damage-control setelah bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin berkeras untuk meneruskan saman dan menuntut gantirugi dari Hadi Awang. Menurut Anwar, Mohd Shamsul telah diminta untuk matikan kes demi menghormati ketua parti komponen Pakatan Rakyat dan Hadi pun telah diberitahu bahawa perkara tersebut boleh dianggap selesai..



1  Perdamaian..rugi RM10,000 dilupakan saja lah demi friendship..
2
 3
 4
 5
 6
 7
8  Bersama team M'kini & MI
9



Wednesday, 26 February 2014

Tolak Anwar untuk selamatkan Selangor

Lokasi : Surau Al-Falah, Bukit Dukong, Kajang, Selangor

Acara : Program Mesra Rakyat bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tarikh : 24/2/2014 @ 11.30 am






1  Tahlil sebelum program bermula
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Mike Tyson mewakili PAS kempen untuk Anwar ?

Lokasi : KK Hotel, Kajang, Selangor

Acara : Sepetang bersama DS Anwar Ibrahim anjuran ABIM

Tarikh : 22/2/2014  @ 3.30 pm



Dengan perkembangan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan membayar ganti rugi RM2 juta kepada calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah, sukar dijangkakan reaksi jentera PAS dalam memberi sokongan kepada kempen Anwar di Kajang.

Namun individu yang telah menjadi ahli PAS, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib, mantan MB Selangor telah pun memberi aku janji akan turun berkempen untuk memastikan kejayaan besar Anwar Ibrahim dalam PRK N25 Kajang akan datang. Ikuti ucapan beliau dalam majlis perjumpaan bersama Anwar Ibrahim hujung minggu yang lalu.


FACEBOOK ENTRY




Tuesday, 25 February 2014

Anwar Ibrahim himpun sokongan alumni ABIM

Lokasi : KK Hotel, Kajang, Selangor

Acara : Sepetang bersama DS Anwar Ibrahim anjuran ABIM

Tarikh : 22/2/2014  @ 3.30 pm


1
 2
3
 4
 5
 6
 7
8  Ust Dr Razali Nawawi, Mantan Presiden ABIM yang pertama
 9  Ilham Marzuki, Mantan Pengurus Besar, Yayasan Selangor meluahkan rasa hati hendak kembali kejawatan lama sekiranya Anwar jadi MB Selangor
 10

Anti hadis - Anwar dedah sejarah bersama Kassim Ahmad

Lokasi : Pondok Zakaria, Batu 10, Jalan Cheras, Selangor

Acara : Kuliah Dhuha

Tarikh : 23/2/2014 @ 10.30 am


Sementara BN masih lagi membuat persiapan, Anwar Ibrahim telah pun masuk gear tiga dalam kempen pilihanraya N25 Kajang walaupun penamaan calun secara rasmi belum dibuat lagi. Bahan kempen dikalangan pengundi Islam sudah pasti nya isu semasa berkaitan agama yang dekat dihati.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad menjadi bahan ampuh untuk Anwar berkempen. Saya sudah menjangkakan semasa menghadiri ucapan Kassim Ahmad bahawa majlis tersebut akan menjadi isu besar semasa PRK di Kajang, juga oleh pengkritik-pengkritik Tun Dr Mahathir.

Ikuti klip kuliah dhuha oleh Anwar Ibrahim yang mendedahkan sejarah beliau bersama Kassim Ahmad semasa beliau masih lagi menjadi Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan bagaimana Kassim Ahmad menyimpan dendam terhadap beliau. 



1/17
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10