Google+ Followers

Saturday, 31 May 2014

P.076 - Undi India mungkin penentu nasib calon BN

Lokasi : Ladang Sussex, Batu 6 Jalan Bidor, Teluk Intan

Acara : Pemimpin BN bersama masyaraat India

Tarikh : 29/5/2014

Gerak kerja kempen BN di sekitar estet dan penempatan masyarakat India di Teluk Intan melibatkan kerjasama rapat diantara PPP, MIUP, IPP dan sesakali disertai bersama oleh NGO India yang lain. Sambutan nampak amat menggalakkan. Presiden MIUP begitu yakin undi masyarakat India akan menambah kali ini. 

Kempen hari ini turut disertai bersama oleh ahli MT UMNO dan juga MP Baling, Datuk Abdul Azeez yang berkebolehan bertutur secara 'semulajadi' dalam bahasa Tamil.. saksikan rakaman berikut.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Friday, 30 May 2014

P.076 - Rahsia untuk calon BN menang didedahkan

Lokasi : Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, Perak

Acara : Lawatan oleh Ketua Penerangan UMNO / BN

Tarikh : 29/5/2014


Nota ringkas :

1. Pada PRU13 undi yang diperolehi calon BN adalah seperti berikut

Melayu - 72%
Cina - 22%
India - 45 %

2. Kalau nak menang PRK kali ini peratusan perlu naik kepada

Melayu - 80%
Cina - 40%
India - 60%

3. PRU13 yang lalu 9,210 ahli BN tidak keluar mengundi, Orang UMNO saja 
berjumlah 2,050 orang dan calon BN kalah dengan defisit 7,300

4. Untuk menang kali ini calon BN perlu dapat tambahan 3,650 undi keatas 

5. Mah Siew Keong menang pada tahun 2004 dengan 10,000 lebih majoriti.


1
 2


Thursday, 29 May 2014

P.076 - Lagi ramai yang menghantar dari menyambut calon DAP

Lokasi : Sekitar kawasan selatan Teluk Intan, Sg Sakam, Sg Bugis ++

Acara : Walkabout calon DAP

Tarikh : 28/5/2014


Program walkabout calon DAP dibeberapa kampong di selatan Teluk Intan yang merupakan kawasan 'selamat' BN  menyaksikan sambutan ala kadar oleh masyarakat setempat. Tapi ianya menunjukkan masih ada sekelompok penyokong yang sedia menanti dan memberi sokongan kepada calon DAP. 

1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
  9
 10

P.076 - Bekas pembantu Teresa akan kempen balun DAP

Lokasi : Bandar Teluk Intan, Perak

Acara : Sidang media NGO Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin

Tarikh : 28/5/2014


Tony Tan bekas Pembantu Peribadi Teresa Kok dan Setiausaha DAP Seputih akan berceramah malam ini di Tokong Jalan Pasir Bedamar bagi mendedahkan segala kepincangan dan salah laku yang melibatkan kepimpinan DAP terutama nya bekas boss beliau Teresa Kok..

(Update : Ceramah terpaksa dibatalkan bagi menghormati kemangkatan Tuanku Baginda Sultan Perak... Hanya sesi sembang-sembang santai bersama masyarakat Cina setempat diadakan dalam bahasa mereka)




P.076 - Kerajaan DAP Penang songlap duit kutipan ?

Lokasi : Bandar Teluk Intan, Perak

Acara : Sidang media NGO Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin

Tarikh : 28/5/2014


Ramesh Rao mendedahkan kepincangan dan perlakuan pecah amanah oleh ahli DAP yang menerajui kerajaan Pulau Pinang seperti berikut :

1. kehilangan 3 kg emas kepunyaan kuil Hindu yang disimpan di Pejabat Ketua Menteri
2. pecah amanah mengenai kutipan wang RM73,000 untuk tujuan membantu mangsa perang Tamil di Sri Lanka.

Ikuti pendedahan beliau.. 





Wednesday, 28 May 2014

P.076 - Orang muda naik gian dengan calon DAP ?

Lokasi : Pasar malam, Kg Bahagia, Teluk Intan, Perak

Acara : Walkabout calon DAP

Tarikh : 27/5/2014


 Kumpulan budak-budak Giat Mara ini pengundi Teluk Intan ke? Kalau ya beruntunglah calon DAP .  Saja nak eksyen untuk tatapan Pak Menteri... :)

1
 2
 3
4  Panglima perang UMNO / BN pun berada ditempat yang sama... tapi dia tak lah menganggu rombongan calon DAP... dia ni jenis Pencinta Wanita... :)


Tuesday, 27 May 2014

P.076 - Yammy tertekan dan umum keluar Perkasa

Lokasi : Bilek gerakan utama DAP, Teluk Intan

Acara : Sidang media harian DAP

Tarikh : 27/5/2014


Tertekan Yammy Abdul Samat ibu kandung calon DAP dengan gelagat calon tersebut menafikan siapa itu ibunya sehingga memaksa beliau membuat keputusan meninggalkan Pribumi Perkasa. Beliau memberi alasan Perkasa sudah lari dari landasan asal dan kini lebih mirip parti politik... tetapi bukan kah Umno juga parti politik. Agak nya bila beliau akan meninggalkan Umno pula ? 


1  Tumpang glamer anak...salah UMNO pasal tak bagi dia peluang glamer.. :)
 2

P.076 - Mengelupur calon DAP menjawab pasal ibu

Lokasi : Bilek gerakan utama DAP, Teluk Intan

Acara : Sidang media harian DAP

Tarikh : 27/5/2014


Ini lah pengajaran yang perlu diambil oleh calon DAP... Kalau tak tahu sesuatu hal cakap saja tak tahu, jangan berbohong, atau memandai-mandai jawab bagi pihak orang lain. Sudah nya sendiri yang susah mengelupur menepis soalan dari pemberita.


1  Calon DAP menunjukkan salinan sijil perguaman
 2  Calon DAP dengan manifesto "Pilih Dyana Undi DAP". Gambar tertera perempuan Melayu
bertudung ayu... Apa mesej dan apa jerangkap yang dipasang ?
 3
 4  Haiyoooo jangan bikin harimau tua mengaum...

Ketabahan ibu tunggal membela tiga anak cacat

Lokasi : Taman Semarak, Batu 10, Jalan Bidor, Perak

Acara : Ziarah Sayang Yayasan Kebajikan Negara

Tarikh : 26/5/2014


Hati mana yang tidak hiba duduk berdepan seorang ibu tunggal yang terpaksa membela tiga anak perempuan yang cacat. Sebelum ini beliau juga terpaksa menjaga mendiang suami beliau yang tidak boleh berjalan selama 11 tahun. Mendiang baru sahaja meninggal dunia tujuh bulan yang lalu.

Pujian harus diberikan kepada Mantan Presiden MIC yang telah menghadiahkan rumah berharga RM24,000 yang mereka dududki. Mendiang suami P.Panjalay semestinya seorang ahli dan tokoh MIC setempat.


1  Anak bungsu Puan P.Panjalay dipakaikan dengan baju BN, mungkin untuk mengingati mendiang bapa nya yang merupakan penyokong kuat MIC / BN.. Tanpa di pinta P.Panjalay berjanji akan meneruskan sokongan keluarga beliau kepada kerajaan BN..
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8  Dato Mohd Rafek Reshidullah, Ketua Pegawai Eksekutif YKN menyampaikan sumbangan RM500 dan pampers untuk kegunaan dewasa  kepada Puan P.Panjalay


P.076 - Calon DAP sudah mula pendekkan ucapan ?

Lokasi : Taman Cecily,Teluk Intan, Perak

Acara : Hi-tea bersama Hadi Awang & calon DAP

Tarikh : 26/5/2014


Kalau ini strategi baru maka ini langkah terbaik. Pendekkan ceramah. Jangan banyak bercakap nanti terkeluar lagi macam-macam cerita tak benar (bukan tipu). Kalau tak boleh berkata benar langkah yang lebih baik ialah duduk diam saja. Lemparkan senyuman dan melambai lah kepada orang ramai. 




P.076 - Hadi dengan alasan untuk sokong DAP

Lokasi : Taman Cecily,Teluk Intan, Perak

Acara : Hi-tea bersama Hadi Awang & calon DAP

Tarikh : 26/5/2014


Setelah menyepi dan berkelana sekian lama, akhir nya Hadi Awang terjumpa jawapan dan alasan untuk turun ke Teluk Intan berkempen untuk DAP. Rupa-rupanya common-grounds yang ada diantara DAP dan PAS outweigh perbezaan antara mereka... teliti kan rakaman ucapan beliau ini 



P.076 - Hadi Awang akur juga akhir nya.

Lokasi : Taman Cecily,Teluk Intan, Perak

Acara : Hi-tea bersama Hadi Awang & calon DAP

Tarikh : 26/5/2014


1
 2
 3
 4  Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Pusat
 5  Mohamed Hanipa Maidin, AJK PAS Pusat dan Peguam PAS
 6
 7  Hadi Awang, Presiden PAS
 8
 9
 10