Sunday 31 August 2014

#sinistibai - Hadi dan ahli PAS & PKR dinasihat berambus segera

Lokasi : KLCC, Kuala Lumpur

Acara : Sembang-sembang

Tarikh : 29/8/2014


Kepada Hadi Awang dan ahli PAS dan PKR yang tidak bersetuju dan menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor, sila lah berambus dan tinggalkan PAS dan PKR dengan segera.... Mursyidul Am TIBAI





#langkahkhalid - Anwar Ibrahim Melayu yang biadap

Lokasi : Stadium Kota Raja, Kelang, Selangor


Tarikh : 30/8/2014


Tak tahu lah samada si Felicia Ling ini masih ahli PKR Cabang Cheras atau tidak. Tapi kalian boleh google, dia memang antara Wanita PKR yang aktif dalam kerja kempen parti. Beliau seorang pengamal undang-undang dan amat fasih berbahasa Melayu...


"Kemelut Menteri Besar di Selangor secara tidak langsung telah menampakkan betapa biadapnya seorang bergelar Melayu yang bernama Anwar Ibrahim.

"Kalau dia hari ini hendak langgar pagar SUK, kita mampu tahan.

"Tapi kali ini kamu hendak langgar pagar istana, kamu telah langgar adat istiadat orang Melayu. Orang Selangor bukan orang biadap macam orang Pulau Pinang yang bernama Anwar Ibrahim,"




1
 2


#langkahkhalid - Himpunan Gelombang Merah Kuning berjaya

Lokasi : Stadium Kota Raja, Kelang, Selangor

Acara : Perhimpunan aman Gelombang Merah Kuning

Tarikh : 30/8/2014

Majlis ini berjaya mengumpulkan lebih kurang 1,000 orang yang mewakili 60 NGO seluruh Selangor bagi menyatakan sokongan mereka kepada Institusi Diraja khususnya kepada Tuanku Sultan Sharafuddin dalam menangani kemelut MB Selangor yang masih belum menemui kesudahan. 

Mengikut perancangan awal majlis sepatutnya berjalan didalam stadium, tetapi kelulusan dibatalkan pada saat akhir oleh pihak-pihak yang berkenaan. Oleh itu himpunan terpaksa diadakan diperkarangan kawasan tempat letak kereta stadium.

Antara artis yang turut hadir ialah Dato Baharuddin Hj Omar, Ella dan Herman Tino.

Perkasa Selangor yang tidak pernah terlibat dalam sebarang sidang media dan perancangan awal perhimpunan ini telah menghantar 'kontinjen' yang agak besar ke majlis ini.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Permuakatan 8 NGO Pro-BN Sokong Sultan Selangor

Lokasi : Dewan Delima, Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Selangor

Acara : Rumah Terbuka Permuafakatan NGO Selangor

Tarikh : 30/8/2014


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday 30 August 2014

#sinistibai - Rafizi & Khalid Samad sila berambus dari Selangor

Lokasi : KLCC

Acara : Sesi temu bual

Tarikh : 29/8/2014



Pesanan untuk Rafizi Ramli dan Khalid Samad dari Mursyidul Am TIBAI --- Kalau tak tahu
menghormati institusi diRaja khususnya Tuanku Sultan Selangor, sila berambus tinggalkan  negeri Selangor




#sinistibai - Anwar tidak dijemput Erdogan ke ?

Lokasi : KLCC

Acara : Sembang-sembang

Tarikh : 29/8/2014


Hari ini upacara mengangkat sumpah Recep Tayyip Erdogan di Ankara sebagai Presiden Turki, setelah menang besar dalam Pilihanraya Presiden beberapa minggu yang lalu.. Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Turki sejak 2003.   Malaysia di wakili oleh TPM Muhyiddin Yassin dalam majlis yang berlangsung di Parlimen Turki.

Dimana sahabat baik Erdogan ? 





#langkahkhalid - Khalid pemimpin Bugis yang pandai untuk Selangor

Lokasi : Pusat Rekreasi Antan Batura, Shah Alam, Selangor

Acara : Sidang Media mengumumkan Pehimpunan Gelombang Merah Kuning oleh gabungan NGO
yang menyokong KHalid Ibrahim sebagai MB Selangor

Tarikh : 28/8/2014


Herman Tino merayu rakan-rakan artis se-Malaysia  turun beramai ramai ke himpunan Gelombang Merah Kuning pada hari Sabtu 30/8/2014 di Stadium Kota Raja dari jam 3.00-5.00 pm bagi menyatakan sokongan kepada Sultan Selangor. Khalid Ibrahim pernah menjadi guru kepada Herman Tino pada suatu ketika dahulu dan beliau menganggap Khalid pemimpin keturunan Bugis yang mempunyai kepandaian dan bukan jenis mereka yang memandai mandai hendak memimpin. 



1
 2
 3


Friday 29 August 2014

#langkahkhalid - Himpunan penyokong Khalid menjelang hari Kemerdekaan

Lokasi : Pusat Rekreasi Antan Batura, Shah Alam, Selangor

Acara : Sidang Media mengumumkan Pehimpunan Gelombang Merah Kuning oleh gabungan NGO
yang menyokong KHalid Ibrahim sebagai MB Selangor

Tarikh : 28/8/2014


Himpunan bagi menyatakan terima kasih keatas kebijaksanaan Tuanku Sultan Selangor menangani kemelut yang melanda pentadbiran negeri Selangor

Himpunan akan berlangsung di Stadium Kota Raja, Kelang dari jam 3.00 - 5.00 pm



'

1
  2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13


Thursday 28 August 2014

Piala Sultan Selangor lebih meriah

Lokasi : Concorde Hotel, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Piala Sultan Selangor 2014

Tarikh : 28/8/2014


Piala Sultan Selangor lebih meriah



KUALA LUMPUR: Penganjur Piala Sultan Selangor menjanjikan rentak kejayaan berterusan dalam saingan edisi ke-13 pada tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 27 September.
Pengerusi penganjur, Datuk Abd Karim Munisar, berkata acara tahunan yang sejak tahun 2001 itu sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat setia bola sepak di negara ini dan Singapura.
"Sama dengan edisi terdahulu, penganjuran ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penyokong Selangor dan Singapura. Kami mahu mengembalikan nostalgia persaingan kedua-dua pasukan sebelum ini.
"Kami akan terus bekerja dengan penuh komitmen bagi memastikan edisi kali ini berjalan lancar," katanya pada majlis minum petang dan memperkenalkan penaja pertandingan itu, di sini.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali.
Stesen televisyen TV3 dan akhbar BH dipilih selaku penyiar serta akhbar rasmi bagi pertandingan Piala Sultan Selangor kali ini.
Sementara itu, jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, teruja untuk mengetuai pasukan bagi menghadapi perlawanan itu dan berazam mengekalkan trofi berkenaan buat Selangor selepas skuad The Red Giant menang 3-2 pada edisi tahun lalu.

-BH-

1
 2 
 3
 4
 5
 6
7
8
9
 10