Google+ Followers

Thursday, 25 September 2014

PRK N.01 - BN menang besar diluar jangkaan

Lokasi : Dewan Dato' Biji Wangsa, Tumpat, Kelantan

Acara : Pengumuman keputusan PRK Pengkalan Kubor

Tarikh : 25/9/2014



BN menang dengan majoriti 2,635. Hj Mat Razi perolehi 9,961 undi manakala calon PAS Wan Rosdi perolehi 7,326. Calon bebas Izat Bukhary hanya memperolehi 38 undi saja. Undi rosak 230.



Faktor kemenangan besar BN


Calon BN tidak sangka dapat kemenangan besar tetapi berjanji akan meneruskan legasi wakil rakyat yang lalu


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

PRK N.01 - BN sudah terbau kemenangan

Lokasi : Pusat Operasi BN, Pengkalan Kubor, Kelantan

Acara : Lawatan Muhyiddin Yassin

Tarikh : 25/9/2014


Lihat saja suasana di Pusat Operasi BN semasa lawatan Muhyiddin Yassin sebentar tadi..

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8

Wednesday, 24 September 2014

PRK N.01 - Telor Power untuk pulih tenaga petugas media

Lokasi : Kedai Kopi Din Tokyo, Kota Bharu, Kelantan

Acara : Sarapan pagi

Tarikh : 24/9/2014


My final analysis

Berbeza dengan PRK lain yang pernah saya terlibat, PRK kali ini amat membosankan. Suasana dan persekitaran kempen pun tidak rancak dan mendatar sejak dari penamaan calon sehinggalah petang kelmarin bila BN mula menaikkan posters dan kain rentang untuk menjawab fitnah dan tohmahan pihak lawan. Jentera PAS sejak dari awal seolah olah tidak bertenaga dan disesetengah kawasan langsung tidak kelihatan.

Tujuh hari pertama lengang mula nya dikaitkan dengan Muktamar PAS, tetapi suasana tersebut berterusan sehingga semalam. Banyak kenderaan berbendera PAS berplat luar Kelantan menandakan mereka adalah penyokong dari luar kawasan yang ingin membantu. Jentera 'rancak' masih tidak kelihatan berarak seperti biasa mengelilingi kawasan PRK.

Baru sebentar tadi saya perolehi maklumat dari sumber dalaman PAS yang boleh dipercayai bahawa jentera kempen PAS yang bertanggungjawab membawa balik pengundi dari luar kawasan sudah membuat keputusan untuk menarik diri atas alasan hendak mengajar YDP PAS Pengkalan Kubor, YAB Menteri Besar Kelantan sendiri.

Husam Musa yang menaungi jentera tersebut memang diketahui umum mempunyai masalah dengan pimpinan ulamak yang diwakili Menteri Besar. Sumber tersebut memberitahu bahawa sekiranya BN menang dengan majoriti yang meningkat sedikit pun akan memberi tamparan hebat dan memalukan Ahmad Yakob kerana lawan BN kali ini bukannya PKR tetapi PAS yang mentadbiri negeri Kelantan.

Semasa bujang dahulu saya sering diberitahu oleh kenalan saya dari Kelantan mengenai akronim SKMK (Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan). SKMK disebut sebagai "Sampai Kelantan Mesti Kahwin" terutamanya Cikgu, anggota Polis dan Tentera yang ditugaskan di Kelantan.

Semasa saya menjaga kawasan Pantai Timor dalam karier saya sebelum ini SKMK pula sering kali ditujukan kepada orang UMNO dengan bunyi "Sampai Kelantan Mesti Kaloh". Begitu yakin PAS dengan kekuatan politik mereka di Kelantan dan Terengganu ketika itu.

Kini keadaan banyak berbeza sejak kemelut MB Selangor bermula. Pakatan Rakyat sudah bergoncang sehingga keakar umbi. Pemimpin teratas bercakaran dan pengikut dibawah pula berantakan.

Ini lah peluang terbaik bagi BN / UMNO untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka dihati pengundi Pengkalan Kubor dikala lawan dalam kucar kacir. Kemungkinan besar jentera BN di lapangan sudah menyedari dan terbau darah dari luka lawan seperti seekor singa yang lapar.

Singa yang lapar biasa nya memburu dan mengekori musuh dalam senyap (stealthy) sehinggakan persekitaran pun tidak menyedari nya.. Begitu lah saya umpamakan keadaan kami disini yang sering kali tidak menyedari atau mengetahui pergerakan calon atau program yang sedang berjalan dalam sesuatu kawasan PDM kecuali program yang telah diwar-war kan kepada Pusat Media Jabatan Penerangan.

Sebagai penutup ingin saya katakan kami disini tidak boleh lah membiarkan keadaan dan suasana mempengaruhi mood dan tingkah laku kami disini. Pelbagai aktiviti lain kami sendiri yang atur sesama kami untuk berhibur dan menghilangkan kebosanan dan fokus kami kepada tugasan. Saya berkongsi disini sebahagian daripada aktiviti sampingan tersebut..


Sdr Helme Agendadaily teruja dapat menemui Telor Power



Sdr Fareez TV3 ditunjuk ajar cara menyiap dan melahap Telor Power ..


1
 3  Staff  TNB dari KL yang bertugas di Pengkalan Kubor
 4
 5
 6
7



PRK N.01 - Wanita Kelantan mula berniaga pada usia muda

Lokasi : Geting, Tumpat, Kelantan

Acara : Sembang petang bersama usahawan muda 

Tarikh : 22/9/2014


Ini contoh usahawan muda yang banyak terdapat di Kelantan yang melibatkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan. Ainzatul Salini Halim berusia 21 tahun menjalankan perniagaan restoran makanan setelah kematian ibu nya tiga tahun yang lalu. Selain restoran beliau juga turut mengusahakan perniagan tayar kenderaan bersama ayah beliau. 






PRK N.01 - Bancian sikap menunjukkan pengundi terima baik calon BN

Lokasi : Geting, Tumpat, Kelantan

Acara : Sembang petang bersama usahawan muda 

Tarikh : 22/9/2014


Bancian sikap adalah satu tool atau alat yang amat penting bagi Wanita UMNO mendapatkan maklumat kritikal mengenai sesebuah kawasan pilihanraya. Ianya memberi petunjuk penting mengenai sikap dan penerimaan pengundi kepada UMNO dan BN.


1
  2
 3
 4
 5
 7
 8
 9  Kilang tayar kepunyaan En Halim, bapa Ainzatul Salini
 10


PRK N.01 - Raja maggi ketam

Lokasi : Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan

Acara : Siri makan makan 

Tarikh : 23/9/2014


Malam ini kami dibawa makan ke Pasir Pekan, Kota Bharu yang terletak lebih kurang 16 km dari Pusat Media, Tumpat.  Hos kami kali ini ialah Datuk Azmi Ali, Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), sebuah NGO yang ditubuhkan oleh Datok Ibrahim Ali - sekarang Presiden PERKASA.Tujuan makan malam ini ialah untuk berbincang dan melakukan imbasan mengenai perjalanan kempen pilihanraya di Pengkalan Kubor disamping merapatkan silahtulrahim diantara hos kami dengan pihak media.


Ini pula ulasan oleh sdr Helme Hanafi dari AgendaDaily News mengenai hidangan kami

1
 2
 3
 4
 5
 6
  7  Dua dari kiri ialah hos kami, Datuk Azmi Ali atau lebih dipanggil Abe Mi
 8
 9
 10
 11
 13
 14


Tuesday, 23 September 2014

PRK N.01 - Dengan pen calon bebas yakin dapat bawa perubahan

Lokasi : Kg Geting, Tumpat, Kelantan

Acara : Program Sentuhan Yayasan Kebajikan Negara

Tarikh : 22/9/2014


Kami terserempak dengan calon bebas, Izat Bukhary yang berasal dari Kota Bharu sedang berkempen bersendirian berhampiran rumah Kak Ijat lawati di Kg Geting. Ini kali kedua beliau mencuba nasib untuk menjadi wakil rakyat Pengkalan Kubor.. Mari kita dengar apa janji beliau..


1  Dari kiri - Izat Bukhary, Shahrizat Jalil dan Hj Mat Razi
 2